Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Sebelum anda melangkah ke medan guraba',
Saya perlu ingatkan,
Anda perlu,,,,,,,
Tarik nafas,
hembus,
tenangkan hati,
lapangkan dada.
Bacalah dengan mata hati ....
Wahai pemuda sekarang, sebelum ini dan akan datang,
Anda bertuah sungguh!,
Masih punya badan yang sihat, dan, sa...do
Ingatan yang kuat dan hebat,
Imaginasi yang meluas hampir terbabas,
dan segala nikmat khas bagi orang muda yang tiada selain daripada golongan muda.
Sebelum kita sama-sama beraksi di medan guraba', mari kita ta'aruf dengan perkataan "Pemuda"
Pemuda merupakan golongan pertengahan. Peringkat paling penting bagi sesebuah negara. Anak emas, aset penting, dan hak milik kesayangan negara. Dan perlu diingatkan, pemuda ini mempunyai satu sifat yang tiada pada golongan lain iaitu kegilaan. Pemuda ini gila. Semangat pemuda ini sangat tinggi sebenarnya. Jika mahu sesuatu , mereka mahu sangat. Tiada kompromi.
KEGILAAN SI PEMUDA
Yang membezakan pemuda kita, bukanlah warna kulit, tinggi rendah, gemuk kurus, tetapi ialah kemana sifat kegilaan pada remaja itu dibawa? Ke arah kebaikan atau keburukan?. Sebab itu pemuda harus tahu hala tuju semangat mereka. Pemuda yang digariskan dalam Islam ialah pemuda yang berpegang teguh pada agama. Sebagai manusia kita ada peranan yang Allah telah tetapkan iaitu,
HAMBA+KHALIFAH
MASA UNTUK BERTINDAKJusteru, bagaimana kita bertindak? Buka mata, lihat sekeliling, ummah kita makin parah. Letakkanlah dalam hati dan fikirkan tentang ummah, bukannya fikir hal diri sendiri sahaja. Kita tidak hidup keseorangan di dunia ini. Ummah itu juga tanggungjawab kita. Kita punya banyak medium, tetapi, sejauh manakah kita gunakan medium yang ada?. Pemuda facebook, sudahkan anda update status-status dakwah atau ilmu? Pemuda twitter, sudahkan anda tweet hal-hal yang mampu membangkitkan cakna orang ramai tentang Islam? Pemuda Instgram, sudah anda upload gambar-gambar indah bukti kekuasaan Tuhan? Sudahkah,?Sudahkah?Sudahkah?Fikirkan
Kalau diri sendiri masih mencipta alasan untuk malas menghadiri majlis ilmu, malas pergi bulatan usrah, bagaimana kita mahu menolong ummah?Letakkan Allah di hadapan. Bukan nafsu di hadapan.
MEDAN GHURABA'
Kita sebenarnya berada di atas medan ghuraba' iaitu asing. Hadis nabi pun ada menyebut perihal Islam datang dengan asing dan akan kembali asing jadi, beruntunglah mereka yang asing. Dan saya mahu tanya, siapakah yang asing? Yang dimaksudkan asing ialah mereka yang melakukan kebaikan di tengah-tengah mereka yang melakukan kemungkaran.
Medan ghuraba' ini tidak dihiasi dengan karpet merah, medan ini susah, banyak cabaran, tetapi inilah perjuangan kita. Jikalau dahulu, pemuda zaman nabi berjuang di jalan jihad peperangan tetapi zaman sekarang, inilah medan perjuangan dakwah kita.
ADUHAI PEMUDA
Sebenarnyalah kan..... Ramai yang sudah mula ada dalam jalan ini, mereka bersemangat sungguh bila berbicara tentang jihad,takbirnya bersuara padu, sudah terbanyang dia sebagai harapan agama masa hadapan, akan tetapi sayangnya, lebih ramai yang futur di tengah jalan. Kecundang di tengah jalan hanya disebabkan ujian yang sedikit. Terlalu memanjakan diri dengan keselesaan duniawi,
SOLUSI
Jadinya, kita para pemuda, jalankan amanah kita. Siap sedia, jangan rasa diri itu kecil sangat. Banyakkan join majlis ilmu. Belajar bersungguh-sungguh supaya ilmu itu dapat diamalkan dan disampaikan. Tak guna belajar bertahun-tahun tetapi tidak dapat nak menyumbang apa-apa pada ummah.
Sekarang, realitinya ramai ilmuan tetapi berapa ilmuan sahaja yang mencari mad'u. Jadilah pendakwah yang mencari mad'u, bukan sekadar menunggu mad'u datang depan mata.
Kalau sekarang kita masih ada masa untuk tengok televisyen, tengok movie, main game. Ingatlah yang kita masih belum berada di atas medan ghuraba'. Sibukkan diri. Kita tolong agama Allah, Allah akan bantu kita.
Wallahualam.