🌷One Day One Muhasabah🌷
[20/8/2015]
بسم الله الرحمن الرحيم
Masa muda adalah masa yang berharga
من شب على شئ شاب عليه
"Barang siapa yang menempuh usia mudanya dengan suatu kebiasaan, maka hingga ke usia itulah dia akan terus dengan kebiasaan itu"
"Barang siapa yang menempuh usia mudanya dengan suatu kebiasaan, maka hingga ke usia itulah dia akan terus dengan kebiasaan itu"
Dalam kesibukan kita menguruskan kerja, rutin, menikmati kehidupan berumah tangga dan berada di kemuncak kerjaya, kita teruji pada pandangan hidup ini. Apakah kesibukan ini petanda kita berjaya dan benar di atas jalan al-Haq, atau kita dialpakan oleh kesibukan itu hingga menzalimi diri sendiri
"Dan ia pun masuk kebunnya sedang ia berlaku zalim kepada dirinya sendiri, sambil ia berkata, 'aku tidak fikir, kebun ini akan binasa selama-lamanya' ".
-surah al-kahf :35
-surah al-kahf :35
Zaman merancang kehidupan adalah zaman kanak-kanak dan remaja. Mahu belajar bidang apa, mahu kerja apa, mahu rumah macam mana, mahu kahwin dengan pasangan yang bagaimana...semua itu adalah soalan-soalan separuh masa pertama kehidupan.
Separuh masa pertama itu banyak impian, banyak harapan. Mungkin juga banyak angan-angan. Perkara-perkara itu boleh menyebabkan banyak hakikat kehidupan dan makna sebenar kewujudan diri, terhijab daripada pemahaman.
Apabila ALLAH swt menandakan usia 40 tahun sebagai umur manusia matang, maka barulah seorang insan itu menghargai apa yang telah ditempuh, menginsafi dengan sepenuh hati pengalaman ibu bapanya, selepas dia sendiri mungkin telah lebih sedekad menjadi ibu bapa kepada anak sendiri.
Justeru doanya lebih bermakna, lebih bermaksud dan lebih bererti:
"Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: wahai tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-mu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang engkau redhai ; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-mu dan sesungguhnya aku daripada orang-orang islam (yang tunduk patuh kepada-mu) "
-surah al-ahqaf:15
-surah al-ahqaf:15
-UHAJ-
✈ Kearah Pemantapan Tarbiyyah dan Thaqoffah Ummah ✈
No comments:
Post a Comment