Monday, 14 September 2015

The Power Of Positive Thinking




🌷One Day One Muhasabah🌷

Isnin, 14 September 2015

بسم الله الرحمن الرحيم

[ Power of Sejahtera jiwa ]

Hati yang sejahtera memandang dunia dengan kacamata positif. Semuanya kebaikan, harapan, bahagia dan peluang.

Orang yang berfikiran positif, matanya sering melihat hikmah, bukannya masalah. Mereka tidak hanyut oleh kejadian buruk melainkan mereka lah yang mengendalikan fikirannya kerana mereka percaya ada pengajaran berharga yang ingin Allah kongsi melalui episod baik dan buruk kehidupan.

Kerana itu kita harus menyoal diri, selama ini apa kacamata hati kita?
Adakah ia positif atau negatif?

Jika ia banyak negatif, kita harus serius memperbaikinya sekarang kerana jika tidak, semua perkara baik senyuman dan ketenangan akan lenyap dan terus lenyap.

Bukan Allah tidak mahu menganugerahkan tetapi puncanya kita juga, tersalah pakai kacamata 'negatif' dalam hati.

Refleksi buat diri, Tanya..

Apa yang lebih banyak dalam hati dan fikiran?
Fikirkan masalah atau peluang?
Fikirkan benda baik atau buruk?
Fikirkan nikmat Allah atau kesusahan?

Wallahualam..

 Kearah Pemantapan Tarbiyyah dan Thaqoffah Ummah 


No comments:

Post a Comment