🌷One Day One Muhasabah🌷
[Khamis, 13 Ogos 2015]
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.
18 tahun...
Kau fikir selama 18 tahun kau bernafas dan diberi nikmat kat muka bumi ini semua free-free jer ke Allah bagi kat kau.
Kau kena ingat, kat dalam dunia ni, semua yang Allah jadikan, ada tujuan masing-masing. Sedangkan nyamuk yang selalu gigit kau tengah-tengah malam tu pun ada tujuannya.
Apatah lagi kau sebagai manusia yang memang dilahirkan kat dunia ni dengan satu tujuan yang amat besar. Kau terima satu amanah yang mana bukit pun tak mampu nak pikul amanah ni. Tapi kau manusia, selalu lupa tentang amanah yang diberikan.
⭐Khalifah..Khalifah..Khalifah..⭐
Allah tahu kau mampu nak pikul amanah ni, sebab tu Allah bagi amanah ni kat kau. Jadi, kenapa kau rasa takut untuk laksanakan amanah yang dah Allah bagi ni. Semua ni terletak pada diri kau. Kau yang tahu sendiri pasal diri kau.
Kau tak payah nak tengok jauh-jauh la. Tengok kawan sendiri kat sebelah katil tu. Dia solat Subuh tak? Bila kau pergi ke surau atau nak solat, kau ajak dia tak? Haa. Betulkan yang tu dulu, baru fikir tentang masalah negara. Kalau kau dah settlekan semua masalah kecil-kecil ni,baru lah kau boleh sembang kencang pasal isu-isu negara.
Bukan nak cakap tak boleh nak ambil tahu, tapi cube perbetulkan diri sendiri dan orang yang rapat dengan kau dulu. Bila masuk waktu solat, ajaklah member kau yang tengah tidur tu solat sekali. Baru best kalau ada suasana islam dalam kehidupan kita ni. Baru boleh gempak. Mulakan dengan perkara yang kecil dulu. Bila kau dah settle semua yang kecil-kecil ni,baru lah fikirkan tentang masalah negara Malaysia ni.
Kearah Pemantapan Tarbiyyah dan Thaqoffah Ummah
No comments:
Post a Comment