Monday, 28 September 2015

Apakah Amalan yang Sentiasa Mengalir?


🌈One Day One Muhasabah🌈

Selasa, 29, September 2015
16 Zulhijjah 1436
بسم الله الرحمن الرحيم


APAKAH AMALAN YG SENTIASA MENGALIR?

1. Ilmu yang disebarkan :
Menyebarkan ilmu pengetahuan yang bermanfaat, baik melalui pendidikan formal (seperti sekolah, universiti , kolej dan institusi) dan pendidikan tidak formal seperti perbincangan ilmiah, tazkirah di masjid-masjid, ceramah umum, kursus motivasi, program dakwah dan tarbiah dan sebagainya. Termasuk dalam kategori ini adalah menulis buku-buku yang berguna , menulis kitab-kitab agama dan menyebarkan bahan-bahan pendidikan Islam melalui artikel-artikel tazkirah samada di facebook atau blog.


2.  Anak soleh yang ditinggalkan :
Mendidik anak menjadi anak yang soleh. Anak yang soleh akan selalu berbuat kebaikan di dunia. Kebaikan yang diperbuat oleh anak soleh, pahalanya sampai kepada ibu bapa yang mendidiknya yang telah meninggal dunia tanpa mengurangkan nilai atau pahala yang diterima oleh anak-anak tadi. Doa anak yang soleh kepada kedua ibu bapanya mustajab di sisi Allah SWT.




3. Mushaf (kitab-kitab agama) yang diwariskannya :
Mewariskan kitab suci al-Quran, kitab tafsir al-Quran, mushaf (buku agama) kepada orang-orang yang dapat memanfaatkannya untuk kebaikan diri dan masyarakatnya. Samaada untuk ahli keluarga dirumah, untuk sekolah-sekolah agama dan maahad tahfiz dan untuk perpustakaan awam. Selagi kitab-kitab tersebut digunakan sebagai bahan bacaan dan rujukan maka orang yang mewakafkan akan mendapat pahala yang berterusan.



4. Masjid yang dibina :
Membangunkan masjid. Perkara ini selaras dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud, “Barangsiapa yang membangunkan sebuah masjid kerana Allah walau sekecil apa pun, maka Allah akan membangunkan untuknya sebuah rumah di syurga” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim). Orang yang membina masjid tersebut akan menerima pahala seperti pahala orang yang mengerjakan amal ibadah di masjid tersebut. Termasuk juga mewakafkan tanah untuk pembinaan masjid.



5. Rumah yang dibina untuk penginapan orang yang sedang dalam perjalanan :
Menyediakan rumah musafir atau pondok bagi orang-orang yang bermusafir untuk kebaikan adalah satu amalan sangat di tuntut. Setiap orang yang memanfaatkannya, baik untuk berehat sebentar mahupun untuk bermalam dan kegunaan lain yang bukan untuk maksiat, akan mengalirkan pahala kepada orang yang membinanya. Termasuk juga kita membina pondok perhentian bas ditepi-tepi jalan yang tidak di bina oleh kerajaan.
 

6. Sungai yang dialirkannya untuk kepentingan orang ramai,
Mengalirkan air secara baik dan bersih ke tempat-tempat orang yang memerlukannya atau menggali perigi di tempat yang sering dilalui atau didiami orang ramai. Setelah orang yang mengalirkan air itu meninggal dunia dan air itu tetap mengalir serta terpelihara dari kecemaran dan dimanfaatkan orang yang hidup maka ia mendapat pahala yang terus mengalir.
Semakin ramai orang yang memanfaatkannya semakin banyak ia menerima pahala di akhirat. Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa membina sebuah telaga lalu diminum oleh jin atau burung yang kehausan, maka Allah akan memberinya pahala kelak di hari kiamat.” (Hadis Riwaya Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Majah).


7. Harta yang disedekahkannya :
Menyedekahkan sebahagian harta. Sedekah yang diberikan secara ikhlas akan mendatangkan pahala yang berlipat ganda. Selain daripada harta yang diberikan sebagai sedekah, termasuk juga mewakafkan tanah untuk pembangunan pendidikan Islam, rumah anak yatim, maahad tahfiz, tanah perkuburan dan rumah oarng-orang tua. Selagi tanah tersebut digunakan untuk kebaikan maka pahalanya akan berterusan kepada pemberi tanah wakaf tersebut



‪#‎peringatanbersama‬
‪#‎ODOM‬
Kearah Pemantapan Tarbiyyah dan Thaqoffah Ummah
FB : www.facebook.com/caliphconsultant
Blog : caliphsoulconsultant.blogspot.com
Twitter : caliph_soul.consult
Caliph Soul Consultant

No comments:

Post a Comment