Friday, 4 September 2015

Perjuangan tanpa Noktah





🌷One Day One Muhasabah🌷

[Sabtu, 15 Ogos 2015]

بسم الله الرحمن الرحيم

Sedikit Motivasi Penggerak Diri

Tahukah anda bahawa sejak 2006 Gaza telah melalui tiga peperangan iaitu perang Al-Furqan,perang Hijaratul Sijjil dan Ma'rakat 'Asfi Maakul?dan adakah anda tahu dalam tiga siri peperangan ini tentera-tentera Zionis Israel laknatullah telah kalah dan mengundur diri?

Apa yang ingin disampaikan di sini ialah walaupun Gaza dibedil setiap hari,berperang setiap hari namun Gaza masih berdiri dan masih berjuang tanpa putus asa sehingga ke hari ini.

Sejarah juga mencatatkan bahawa kota Jerusalem itu sendiri telah diserang,ditawan dan dimusnahkan sebanyak 63 kali keseluruhannya namun apa yang boleh dipelajari daripada Jerusalem ini ialah manusia tidak pernah berputus asa demi sesuatu yang mereka cintai.

Mujahidin Al-Qassam tidak pernah berputus asa,tidak pernah menyerah kalah demi mempertahankan agama yang mereka cintai.Setiap kali keluar ke medan perang,mereka akan keluar dengan penuh keyakinan bahawa Allah bersama mereka dan Allah akan memenangkan mereka.

Mereka percaya pada ayat:

 "Sekiranya kamu menolong agama Allah,maka Allah akan menolong kamu dan menetapkan pendirian kamu".

Alhamdulillah,oleh kerana keyakinan mereka ini mereka telah memenangi kesemua peperangan yang mereka lalui sejak 2006.Malahan kereta kebal Merkava 5 yang digelar sebagai 'Kereta Kuda Ilahi' oleh tentera Zionis yang didakwa tidak mampu untuk dimusnahkan telah pun dimusnahkan oleh pejuang-pejuang Al-Qassam dalam Ma'rakat 'Asfi Maakul pada 2014.Jumlah yang kecil tidak menjadikan kamu golongan yang lemah tetapi menambahkan lagi kekuatan dan semangat perjuangan dalam diri-diri kamu.

Ringkasnya,kita harus mengambil iktibar dari perjuangan rakyat Gaza.Sekiranya kita yakin dan percaya pada janji-janji Allah,ayat-ayat Allah maka Allah akan mempermudahkan jalan kita dalam perjuangan.

Jangan sekali-kali berputus asa kerana putus asa itu ialah titik noktah yang buruk dalam mengakhiri perjuangan.Berjuang dan terus berjuanglah sahabat-sahabatku walau dalam apa sekalipun bidangmu (menuntut ilmu,berniaga,bersukan dll).

Ada pepatah dalam bahasa Inggeris mengatakan: 

" What does'nt kill you makes you stronger".
Apa yang tidak mematikan kamu atau semangat perjuanganmu akan menambahkan lagi kekuatanmu.

Semoga kita bertambah yakin dan teguh pendirian kita kepada Allah agar dikurniakan kemenangan di dunia dan di akhirat...


 Kearah Pemantapan Tarbiyyah dan Thaqoffah Ummah 

No comments:

Post a Comment