🌷One Day One Muhasabah🌷
Rabu, 23 September 2015
9 Zulhijah 1436
9 Zulhijah 1436
بسم الله الرحمن الرحيم
Pilih - Terpilih - Memilih - Dipilih - Pilihan
Kita sebagai manusia tidak akan dapat lari dari lima perkataan di atas. Pada setiap detik, kita mesti membuat pilihan. Sama ada untuk terus bernafas atau tidak. Sama ada untuk terus menyebar manfaat atau tidak. Sama ada untuk terus bersama Islam atau tidak.
Setiap pilihan yang kita putuskan secara sedar atau tidak ialah batu-batu kecil yang menentukan skrip kehidupan kita, sama ada berakhir di syurga ataupun di neraka.
Firman Allah di dalam Al-Furqan,
و ربك يخلُقُ ما يشاء و يختار
Dan Tuhan kamu dia ciptakan apa sahaja dan Dia melakukan pemilihan.
Dan Tuhan kamu dia ciptakan apa sahaja dan Dia melakukan pemilihan.
Hari ini, 9 Zulhijjah adalah antara hari-hari yang dipilih yang padanya punya keistimewaan.
Kata Rasulullah صلى الله عليه وسلم :
صيام يوم عرفة أحتسب على الله أن يكفر السنة التي قبله والسنة التي بعده
Puasa pada hari Arafah, aku berharap agar Allah menjadikannya sebagai penghapus dosa-dosa setahun sebelumnya dan dosa-dosa setahun selepasnya.
[Riwayat Muslim]
[Riwayat Muslim]
Maka, pilihlah apa yang terbaik untuk Islam, pastinya itu lah yang terbaik untuk kita.
Jika kamu kira MEMBUANG MASA, MALAS MEMBACA, MALAS BERIBADAH itu yang terbaik untuk Islam, yang akan memajukan Islam, yang akan mengangkat darjat Islam... maka, lakukanlah.
✈ Kearah Pemantapan Tarbiyyah dan Thaqoffah Ummah ✈
No comments:
Post a Comment