Friday, 11 September 2015

Ibadah Melalui Riadah.




🌷One Day One Muhasabah🌷

[Jumaat,11 September 2015]

بسم الله الرحمن الرحيم

🏈🏀Ibadah Melalui Riadah

Dewasa ini ramai yang berfikiran bahawa ibadah hanya tertumpu kepada perkara-perkara rohaniah/spiritual sahaja.Mereka lupa bahawa melalui fizikal dan lahiriah juga mereka mampu beribadah.Tambah niat serta ikhlas kepada Allah sahaja kita mampu menjana pahala sampingan melalui salah satu aktiviti fizikal iaitu riadah.

Terdapat banyak kelebihan beriadah di samping mengejar pahala dan keredaan Allah.Antaranya ialah beriadah mampu menyihatkan tubuh badan.Bayangkan kalau badan kita tak sihat,macam mana kita nak buat ibadah-ibadah yang lain?

Selain itu,riadah juga mampu merapatkan hubungan kita sesama manusia tidak kira agama,bangsa dan negara.Sebagai misal,sukan bolasepak merapatkan hubungan sesama manusia kerana dalam pasukan bolasepak negara kita sendiri terdapat pelbagai latar belakang agama,bangsa dan budaya tetapi itu tidak menghalang kita untuk terus bermain dan beriadah bersama.

Seterusnya,melalui riadah kita mampu menghindarkan anak-anak remaja kita dari terjebak dengan gejala sosial yang kian hari kian menular.Lebih baik anak kita balik lewat sebab main bola daripada anak kita balik lewat sebab clubbing,berpelesiran dan sebagainya.Beriadah itu mendatangkan lebih banyak manfaat kepada mereka daripada membazir masa melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Kesimpulannya,beriadah membawa 1001 kebaikan kepada kita.Orang-orang bijak pandai mengatakan:

'العقل السالم في الجسم السالم'
 yang bermaksud akal yang cerdas terletak pada badan yang cergas.

Oleh itu kawan-kawan,ayuh sama-sama kita beriadah kerana Allah.
Allahuakbar!


 Kearah Pemantapan Tarbiyyah dan Thaqoffah Ummah 

FB : www.facebook.com/caliphconsultant
Twitter : caliph_soul.consult


No comments:

Post a Comment