Wednesday, 26 August 2015

Persinggahan





One Day One Muhasabah

( Rabu, 26 ogos 2015 )


Apabila disebut persinggahan, pasti akan terlintas dalan benak fikiran kita bahawa persinggahan itu hanyalah tempat sementara, dan bukanlah destinasi terakhir.

Secara analogi, jika kita pergi melancong dan ingin menetap sebentar di hotel..adakah kita akan bawa barang2 perabot semuanya seperti ingin tinggal selamanya di situ? Tidak kerana tempat itu hanya persinggahan sementara.

Begitu juga dengan DUNIA. Ramai dikalangan kita terlalu obses mengejar kenikmatan sehingga terlupa bahawa kita masih ada kehidupan kedua- akhirat. Amal kita di dunialah yang akan menentukan sama ada keindahan atau seksaan yang kita hadapi di akhirat kelak.

Allah berfirman dalam surah al-ankabut ayat 64:
"Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui"

Dunia tempat mengumpul pahala,Dunia tempat berpenat lelah,
Kerana kita milik Allah dan satu hari nanti kita akan kembali kepada-Nya. Kita hakikatnya 'warganegara' akhirat, bukan dunia. Dunia diciptakan untuk manusia dan manusia diciptakan untuk akhirat.

Selagi masih bernafas, peluang bertaubat dan menyediakan bekalan masih luas. ๐Ÿƒ
Ayuh kita koreksi diri!๐Ÿ˜‰

Wallahua'lam.

Tuesday, 25 August 2015

Senyum Itu Sedekah =D



One Day One Muhasabah

( selasa, 25 ogos 2015)

Dalam agama Islam, senyum merupakan suatu ibadah kerana membuat orang yang tersenyum menjadi indah dan enak dilihat. Islam mengajarkan bahwa jika Anda tidak memiliki apapun untuk disedekahkan, maka bersedekahlah dengan sebuah senyuman.
Di zaman Rasulullah saw., seorang sahabat yang tidak memiliki apa-apa untuk disedekahkan bertanya kepada Rasulullah, ”Jika kami ingin bersedekah, namun kami tidak memiliki apa pun, lantas apa yang boleh kami sedekahkan dan bagaimana kami menyedekahkannya?” tanya sahabat.
Sebahagian besar yang terpikir dalam benak kita bersedekah adalah lebih berkaitan pemberian wang, pakaian, atau apa pun yang dinikmati penerima dalam bentuk material atau fisikal. Hal itu juga mungkin yang ada dalam pemikiran sahabat Rasulullah sehingga dia sangat gelisah kerananya. Dia berfikir, apabila dia tidak dapat memberikan sedekah pada hari itu, dia tidak dapat menjalankan perintah Allah dengan baik.
Jika Anda berfikir sama seperti sahabat tersebut bahwa bersedekah harus dengan pemberian material, Anda salah. Islam sangat memberikan kemudahan kepada umatnya untuk menambah pahala. Seperti dikatakan Rasulullah SAW:
”Sesungguhnya pintu-pintu kebaikan itu banyak: tasbih, tahmid, takbir, tahlil (dzikir), amar ma’ruf nahi munkar, menyingkirkan penghalang (duri, batu) dari jalan, menolong orang, sampai senyum kepada saudara pun adalah sedekah.”
Orang yang murah senyum kepada sesama akan mendapatkan pahala dari Allah SWT. Sebab, senyum yang berangkat dari ketulusan hati merupakan sedekah. ''Senyummu terhadap saudaramu adalah kebajikan.'' (HR At-Tirmidzi) .

Friday, 21 August 2015

Apakah yang terjadi dengan umur kita???



One Day One Muhasabah

[Jumaat, 21 OGOS 2015]

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…

"Umur ialah anugerah Allah SWT kpd kita. Ia hanyalah merupakan bekas yg boleh diisi sama ada dengan pahala atau dosa.

Orang yg beriman akan sangat bimbang mengisi bekas umur ini dengan dosa kerana takut kesannya pada akhirat kelak.

Sebagaimana orang kita kalau ingin meracun lalang, dibancuh racun di dalam baldi dan baldi itu sebelum diguna semula untuk tujuan lain akan dibasuh sebersih bersihnya kerana bimbang kesan buruk racun jika tidak dibersihkan.

Maka sebagaimana kita basuh baldi yg berisi racun bimbang kesan buruknya, demikian bekas umur kita wajib dibasuh dengan amalan soleh jika pernah diisi dengan dosa... "

- petikan kuliah Tok Guru semasa mentafsirkan Surah Al-Asr.

Jangan lupa baca Surah AlKahfi =)

‪#‎peringatanbersama‬
‪#‎ODOM‬

Kearah Pemantapan Tarbiyyah dan Thaqoffah Ummah

Monday, 17 August 2015

Pesanan Buat Para Pejuang

One Day One Muhasabah
[Selasa 18 ogos 2015]

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…

PESANAN BUAT PEJUANG

Telah disebut dalam Al-quran bahawa kita (umat islam) merupakan umat terbaik. Kerana apa?

Kerana mengajak kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran. Dalam erti kata lain berdakwah.
Tetapi adakah semudah itu jalan dakwah. Dengan usaha hari ini esok membuahkan hasil. Ibarat menanam biji  hari ini, esok akan tumbuh pokok yang besar dan indah.
Oh tidak....
Sedangkan Rasulullah yang dijanjikan syurga itu pun di uji sebegitu, apatah lagi kita?

Walaupun jalan ini penuh dengan cabaran sehinggakan ada yang mengalah , tetapi ingatlah tidak ada yang senang. Untuk membuat kerja mungkar perlu usaha ini apatah lagi mahukan syurga.

Anak imam hanbali pernah bertanya kepada ayahnya: "wahai ayahku, bilakah kita boleh berehat"
Imam hanbali jawab: "sewaktu di dalam syurga nanti wahai anaku"

Semoga sahabat terus istiqomah.
Kita bukanlah pemula atau penutup, kita adalah penyambung .

TERUSKAN PERJUANGAN!!

‪#‎peringatanbersama‬
‪#‎ODOM‬
Kearah Pemantapan Tarbiyyah dan Thaqoffah Ummah
FB : www.facebook.com/caliphconsultant
Blog : caliphsoulconsultant.blogspot.com
Twitter : caliph_soul.consult
๐Ÿ„Caliph Soul Consultant๐Ÿ„

Monday, 2 March 2015

Nadwah Kepimpinan Nuqaba'

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah wasyukurillah
Program ini berjalan seperti yang telah dirancang.

Nama Program : Nadwah Kepimpinan Nuqaba'
Tarikh               : 27 Feb 2015-1 Feb 2015
Tempat             : Sekolah Agama Menengah Sungai Selisek, Hulu Selangor
Peserta             : Para nuqaba' dan pelapis nuqaba' SAMSES
Modul              : Amazing, Time Management, Conflict Management and Decision Making, Meeting
                          Procedure
Fasi terlibat    : Aiman Syafiq, Aiman Azizan, Aiman Hakim, Uthman, Muhammad Hilmi, Nadzreen
                         Afendi, Lokman Samad, Hafizuddin Mazlan, Sallehin (ex samses), Tiara Zulaikha,                              Alya Syafiqah, Nurul Ainie (ex samses) Nur Imannazatul Amelia, Nur'atiqah Norselin

Pengenalan

Program ini merupakan sebuah program untuk melatih para nuqaba' dan pelapis nuqaba untuk menjadi pemimpin yang berkualiti dengan menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan utama. Sebagai seorang naqib, elemen kepimpinan adalah sangat penting diterapkan dalam diri kerana mereka akan mengemudi usrah. Ini merupakan program kedua SAM Sg. Selisek menjemput Caliph Soul Consultant untuk menjayakan program Usrah.

Berikut adalah gambar-gambar sekitar program.










Semoga segala pengalaman berharga dikutip sebagai bekalan perjalanan antum sebagai nuqaba nanti. Segala pengisian di kem ini bukan bermaksud untuk mendera atau menyusahkan antum etatpi ini sebagai latihan fizikal dan mental antum ketika menjadi pemimpin nanti. Semoga ukhwah kita berkekalan.


Wednesday, 3 December 2014

Pemuda Islami Beraksi Di Medan Guraba'.





Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sebelum anda melangkah ke medan guraba',


Saya perlu ingatkan,

Anda perlu,,,,,,,
Tarik nafas,
hembus,
tenangkan hati,
lapangkan dada.
Bacalah dengan mata hati ....

Wahai pemuda sekarang, sebelum ini dan akan datang,

Anda bertuah sungguh!,
Masih punya badan yang sihat, dan, sa...do
Ingatan yang kuat dan hebat,
Imaginasi yang meluas hampir terbabas,
dan segala nikmat khas bagi orang muda yang tiada selain daripada golongan muda.

Sebelum kita sama-sama beraksi di medan guraba', mari kita ta'aruf dengan perkataan "Pemuda"

Pemuda merupakan golongan pertengahan. Peringkat paling penting bagi sesebuah negara. Anak emas, aset penting, dan hak milik kesayangan negara. Dan perlu diingatkan, pemuda ini mempunyai satu sifat yang tiada pada golongan lain iaitu kegilaan. Pemuda ini gila. Semangat pemuda ini sangat tinggi sebenarnya. Jika mahu sesuatu , mereka mahu sangat. Tiada kompromi.

KEGILAAN SI PEMUDA


Yang membezakan pemuda kita, bukanlah warna kulit, tinggi rendah, gemuk kurus, tetapi ialah kemana sifat kegilaan pada remaja itu dibawa? Ke arah kebaikan atau keburukan?. Sebab itu pemuda harus tahu hala tuju semangat mereka. Pemuda yang digariskan dalam Islam ialah pemuda yang berpegang teguh pada agama. Sebagai manusia kita ada peranan yang Allah telah tetapkan iaitu,



HAMBA+KHALIFAH
MASA UNTUK BERTINDAK
 Justeru, bagaimana kita bertindak? Buka mata, lihat sekeliling, ummah kita makin parah. Letakkanlah dalam hati dan fikirkan tentang ummah, bukannya fikir hal diri sendiri sahaja. Kita tidak hidup keseorangan di dunia ini. Ummah itu juga tanggungjawab kita. Kita punya banyak medium, tetapi, sejauh manakah kita gunakan medium yang ada?. Pemuda facebook, sudahkan anda update status-status dakwah atau ilmu? Pemuda twitter, sudahkan anda tweet hal-hal yang mampu membangkitkan cakna orang ramai tentang Islam? Pemuda Instgram, sudah anda upload gambar-gambar indah bukti kekuasaan Tuhan? Sudahkah,?Sudahkah?Sudahkah?Fikirkan

Kalau diri sendiri masih mencipta alasan untuk malas menghadiri majlis ilmu, malas pergi bulatan usrah, bagaimana kita mahu menolong ummah?Letakkan Allah di hadapan.  Bukan nafsu di hadapan.


MEDAN GHURABA'


Kita sebenarnya berada di atas medan ghuraba' iaitu asing. Hadis nabi pun ada menyebut perihal Islam datang dengan asing dan akan kembali asing jadi, beruntunglah mereka yang asing. Dan saya mahu tanya, siapakah yang asing?  Yang dimaksudkan asing ialah mereka yang melakukan kebaikan di tengah-tengah mereka yang melakukan kemungkaran.


Medan ghuraba' ini tidak dihiasi dengan karpet merah, medan ini susah, banyak cabaran, tetapi inilah perjuangan kita. Jikalau dahulu, pemuda zaman nabi berjuang di jalan jihad peperangan tetapi zaman sekarang, inilah medan perjuangan dakwah kita.


ADUHAI PEMUDA


Sebenarnyalah kan..... Ramai yang sudah mula ada dalam jalan ini, mereka bersemangat sungguh bila berbicara tentang jihad,takbirnya bersuara padu, sudah terbanyang dia sebagai harapan agama masa hadapan, akan tetapi sayangnya, lebih ramai yang futur di tengah jalan. Kecundang di tengah jalan hanya disebabkan ujian yang sedikit. Terlalu memanjakan diri dengan keselesaan duniawi,


SOLUSI


Jadinya, kita para pemuda, jalankan amanah kita. Siap sedia, jangan rasa diri itu kecil sangat. Banyakkan join majlis ilmu. Belajar bersungguh-sungguh supaya ilmu itu dapat diamalkan dan disampaikan. Tak guna belajar bertahun-tahun tetapi tidak dapat nak menyumbang apa-apa pada ummah.


Sekarang, realitinya ramai ilmuan tetapi berapa ilmuan sahaja yang mencari mad'u. Jadilah pendakwah yang mencari mad'u, bukan sekadar menunggu mad'u datang depan mata.


Kalau sekarang kita masih ada masa untuk tengok televisyen, tengok movie, main game. Ingatlah yang kita masih belum berada di atas medan ghuraba'. Sibukkan diri. Kita tolong agama Allah, Allah akan bantu kita.

Wallahualam.

Kem Pemantapan Jati Diri Tingkatan 4

Alhamdulillah.. Selesai sudah program Pemantapan Jati Diri tingkatan 4, anjuran Lembaga Zakat Selangor.. Yg dikendalikan oleh SMART IN TOUCH consultnt dgn kerjasama CALIPH SOUL CONSULTANT yg diadakan sebanyak 5 siri.. Ribuan terima kasih diucapkan juga kepada para fasilitator yg sama2 menjayakan program ini.. Semoga usaha kita diredhoi dn diberkati oleh Allah..Banyak pengalaman dn ilmu yg dpt dikutip sepnjang mengendalikan program ini.. Semoge adik2 peserte terus beristiqomah dn kuat dlm mendepani cabaran hidup.. Allah sentiase bersama kita..

"Pemantapan Tarbiyah dan Thaqofah Ummah"

Harapan kami, semoga segala ilmu dan buah fikiran yang telah dicurahkan sepanjang kem ini mampu menyuntik semangat adik-adik untuk memajukan diri ke arah yang lebih diredhai Allah, Ketahuilah, hidup ini ada dua kali, kehidupan yang pertama menjamin kehidupan yang kedua. Semoga saham-saham akhirat yang dilaburkan ini dibaja dengan ilmu dan bercambah sehingga bermanfaat kepada orang lain, in shaa Allah.

Berikut adalah gambar-gambar sekitar  program ini dijalankan. Semoga ukhwah yang terbina di antara kita kekal hingga jannah, Insha Allah.