BAPA....
Dialah insan yang mengazankan
kita, dia juga insan yang
bersusah payah mencari rezeki untuk kita, insan yang mengambil berat tentang
kita. Dan yang paling sebak, insan itu juga menahan keinginannya terhadap
sesuatu semata-mata untuk memenuhi
keinginan kita.
Itulah,
BAPA.
Ayah, abi,
walid, papa, bapak,
Panggilan
yang diberikan berbeza-beza namun merujuk kepada orang yang telah banyak
berjasa kepada kita. Jangan dipandang kepada kelemahannya, mungkin itu
sesuatu khilaf sebagai manusia, tapi pandanglah dia atas jasa-jasanya kerana
itulah tanda kasihnya pada kita.
Bersyukurlah
kita, kerana punya seorang bapa. Ada mereka yang mungkin dilahirkan tanpa bapa
dan ada juga yang tidak mengaku bapa. Berbagai senario kita dapat saksikan
dalam masyarakat kita pada hari ini namun, yang asasnya kita perlu ingat akan
tanggungjawab kita terhadap mereka, walau siapapun kita.
Bapa
menjadi pelindung dalam keluarga kerana sifatnya yang tegas dan pandai merangka.
Setiap arahannya pasti ada sebabnya kerana dia hanya ingin yang terbaik buat
anaknya. Jika ada mereka yang mempunyai bapa yang tidak sekepala dengan anda,
sedarlah tempat anda sekarang, hanya sebagai anak, mematuhinya yang tidak
berlawanan hukum agama itu, wajib.
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya, “Redha Allah bergantung pada redha kedua-dua ibu bapa dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa”. (Hadis Riwayat Hakim)
Betapa
besarnya harapan mereka terhadap kita. Ada sesetengah bapa selalu berkata, “kakak
buatlah yang terbaik, walauapapun keputusan kakak, kakak tetap anak ayah” (ayat
menusuk). Tak kurang juga ada yang “Adik mesti dapat 10 SPM , ayah tak kira,
kena dapat juga. Ayat yang berbeza dapat harapan mereka satu, melihat kita
bahagia di kemudian hari. Mungkin itulah kepuasan mereka sebagai bapa.
“Sesiapa yang membuat ibu dan bapanya gembira (memberi keredhaan), maka sesungguhnya ia mendapat redha Allah s.w.t”. (Hadis Riwayat Bukhari)
Jadi,
marilah sama-sama sayangi bapa kita. Rendahkan egomu serendah-rendahnya, kerana
Allah tidak akan menerima seorang yang sombong untuk masuk ke syurga.
Sayangilah bapa anda selagi mereka masih ada.
~NuR~
~NuR~
No comments:
Post a Comment