Friday, 4 September 2015

Perjuangan tanpa Noktah





🌷One Day One Muhasabah🌷

[Sabtu, 15 Ogos 2015]

بسم الله الرحمن الرحيم

Sedikit Motivasi Penggerak Diri

Tahukah anda bahawa sejak 2006 Gaza telah melalui tiga peperangan iaitu perang Al-Furqan,perang Hijaratul Sijjil dan Ma'rakat 'Asfi Maakul?dan adakah anda tahu dalam tiga siri peperangan ini tentera-tentera Zionis Israel laknatullah telah kalah dan mengundur diri?

Apa yang ingin disampaikan di sini ialah walaupun Gaza dibedil setiap hari,berperang setiap hari namun Gaza masih berdiri dan masih berjuang tanpa putus asa sehingga ke hari ini.

Sejarah juga mencatatkan bahawa kota Jerusalem itu sendiri telah diserang,ditawan dan dimusnahkan sebanyak 63 kali keseluruhannya namun apa yang boleh dipelajari daripada Jerusalem ini ialah manusia tidak pernah berputus asa demi sesuatu yang mereka cintai.

Mujahidin Al-Qassam tidak pernah berputus asa,tidak pernah menyerah kalah demi mempertahankan agama yang mereka cintai.Setiap kali keluar ke medan perang,mereka akan keluar dengan penuh keyakinan bahawa Allah bersama mereka dan Allah akan memenangkan mereka.

Mereka percaya pada ayat:

 "Sekiranya kamu menolong agama Allah,maka Allah akan menolong kamu dan menetapkan pendirian kamu".

Alhamdulillah,oleh kerana keyakinan mereka ini mereka telah memenangi kesemua peperangan yang mereka lalui sejak 2006.Malahan kereta kebal Merkava 5 yang digelar sebagai 'Kereta Kuda Ilahi' oleh tentera Zionis yang didakwa tidak mampu untuk dimusnahkan telah pun dimusnahkan oleh pejuang-pejuang Al-Qassam dalam Ma'rakat 'Asfi Maakul pada 2014.Jumlah yang kecil tidak menjadikan kamu golongan yang lemah tetapi menambahkan lagi kekuatan dan semangat perjuangan dalam diri-diri kamu.

Ringkasnya,kita harus mengambil iktibar dari perjuangan rakyat Gaza.Sekiranya kita yakin dan percaya pada janji-janji Allah,ayat-ayat Allah maka Allah akan mempermudahkan jalan kita dalam perjuangan.

Jangan sekali-kali berputus asa kerana putus asa itu ialah titik noktah yang buruk dalam mengakhiri perjuangan.Berjuang dan terus berjuanglah sahabat-sahabatku walau dalam apa sekalipun bidangmu (menuntut ilmu,berniaga,bersukan dll).

Ada pepatah dalam bahasa Inggeris mengatakan: 

" What does'nt kill you makes you stronger".
Apa yang tidak mematikan kamu atau semangat perjuanganmu akan menambahkan lagi kekuatanmu.

Semoga kita bertambah yakin dan teguh pendirian kita kepada Allah agar dikurniakan kemenangan di dunia dan di akhirat...


 Kearah Pemantapan Tarbiyyah dan Thaqoffah Ummah 

Muflis Dunia atau Akhirat



🌷One Day One Muhasabah🌷


[Ahad, 16 Ogos 2015]


بسم الله الرحمن الرحيم

🌸Jangan kita dimasukkan dlm golongan yg bankrup di akhirat.


Kita beribadat siang mlm
puasa tak tinggal
solat tak tinggal
sedekah
dan mcm mcm lagi

tapi pada masa yg sama kita mengumpat mngadu domba khianat irihati fitnah.

Tahu tak sebesar mane pon amalan yg kite buat akan jadi sia sia akhirnya😢

Nabi Muhammad sudah mengingatkan melalui sabdanya, yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Sahihnya,

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم-قَالَ « أَتَدْرُونَ مَا الْمُفْلِسُ ». قَالُوا الْمُفْلِسُ فِينَا مَنْ لاَدِرْهَمَ لَهُ وَلاَ مَتَاعَ. فَقَالَ « إِنَّ الْمُفْلِسَ مِنْ أُمَّتِى يَأْتِىيَوْمَ الْقِيَامَةِ بِصَلاَةٍ وَصِيَامٍ وَزَكَاةٍ وَيَأْتِى قَدْ شَتَمَ هَذَاوَقَذَفَ هَذَا وَأَكَلَ مَالَ هَذَا وَسَفَكَ دَمَ هَذَا وَضَرَبَ هَذَافَيُعْطَى هَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ وَهَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ فَإِنْ فَنِيَتْحَسَنَاتُهُ قَبْلَ أَنْ يُقْضَى مَا عَلَيْهِ أُخِذَ مِنْ خَطَايَاهُمْفَطُرِحَتْ عَلَيْهِ ثُمَّ طُرِحَ فِى النَّارِ ».

Dari Abu Hurairah, Rasulullah Sallallahu `alaihi wa Sallam bersabda, “Apakah kalian tahu siapa orang yang muflis itu?” para sahabat menjawab, “Orang yang muflis menurut kami adalah orang yang tidak ber-dirham dan ber-perhiasan.” Beliau bersabda, “Sesungguhnya orang yang muflis dari umatku adalah orang yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala solat, puasa dan zakat, tetapi dia juga mencela si ini, menuduh si itu, memakan harta si ini, menumpahkan darah si itu, serta memukul si ini itu, lalu si ini diberi kebaikan-kebaikannya, dan si itu diberi kebaikan-kebaikannya, lalu jika kebaikan-kebaikannya habis sementara semua belum selesai, maka kesalahan-kesalahan mereka diberikan kepadanya, kemudian ia dilemparkan ke dalam neraka.”
(HR. Muslim, nombor hadits 2581)[10].

Jadi kita berhati hati. kita tak nak termasuk dlm golongan orang yg bankrup atau muflis diakhirat nanti.

والله اعلم

Peringatan untuk diri sendiri Yang lemah lagi hina.
Selamat bermuhasabah & berbekal

‪#‎peringatanbersama‬
‪#‎ODOM‬
 Kearah Pemantapan Tarbiyyah dan Thaqoffah Ummah 

FB : www.facebook.com/caliphconsultant

Hargai Masa MUDA





🌷
One Day One Muhasabah🌷

[20/8/2015]

بسم الله الرحمن الرحيم

Masa muda adalah masa yang berharga

من شب على شئ شاب عليه
"Barang siapa yang menempuh usia mudanya dengan suatu kebiasaan, maka hingga ke usia itulah dia akan terus dengan kebiasaan itu"

Dalam kesibukan kita menguruskan kerja, rutin, menikmati kehidupan berumah tangga dan berada di kemuncak kerjaya, kita teruji pada pandangan hidup ini. Apakah kesibukan ini petanda kita berjaya dan benar di atas jalan al-Haq, atau kita dialpakan oleh kesibukan itu hingga menzalimi diri sendiri

"Dan ia pun masuk kebunnya sedang ia berlaku zalim kepada dirinya sendiri, sambil ia berkata, 'aku tidak fikir, kebun ini akan binasa selama-lamanya' ".
-surah al-kahf :35

Zaman merancang kehidupan adalah zaman kanak-kanak dan remaja. Mahu belajar bidang apa, mahu kerja apa, mahu rumah macam mana, mahu kahwin dengan pasangan yang bagaimana...semua itu adalah soalan-soalan separuh masa pertama kehidupan.

Separuh masa pertama itu banyak impian, banyak harapan. Mungkin juga banyak angan-angan. Perkara-perkara itu boleh menyebabkan banyak hakikat kehidupan dan makna sebenar kewujudan diri, terhijab daripada pemahaman.

Apabila ALLAH swt menandakan usia 40 tahun sebagai umur manusia matang, maka barulah seorang insan itu menghargai apa yang telah ditempuh, menginsafi dengan sepenuh hati pengalaman ibu bapanya, selepas dia sendiri mungkin telah lebih sedekad menjadi ibu bapa kepada anak sendiri. 
Justeru doanya lebih bermakna, lebih bermaksud dan lebih bererti:

"Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: wahai tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-mu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang engkau redhai ; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-mu dan sesungguhnya aku daripada orang-orang islam (yang tunduk patuh kepada-mu) "
-surah al-ahqaf:15

-UHAJ-


 Kearah Pemantapan Tarbiyyah dan Thaqoffah Ummah 

Antara Kewajipan dan Sikap





🌷One Day One Muhasabah🌷

[Jumaat, 3 september 2015]

بسم الله الرحمن الرحيم

Akhlak Baik Tapi Tak Tutup Aurat?

"Kau nanti nak kahwin dengan perempuan macam mana?"

"Mestilah perempuan baik. Dia jenis yg pemurah, lemah lembut, jujur dan penyayang. Kalau boleh nak muka macam retis. Hehehehe."

"So kalau tak pakai tudung pun tak pe la?? Bagi aku kalau dia tak pakai tudung, benda-benda baik tadi aku dah tak pandang dah. Hukum tutup aurat kan wajib."

Menurut Islam, orang yag baik ialah orang yang menjaga hubungannya dengan Allah disamping hubungannya sesama manusia.

Maka jika dia tidak menutup aurat, bukankah itu dikira tidak menjaga hubungan dengan Allah???

Hadis riwayat Al-Bukhari ada mengisahkan tentang seorang pelacur yahudi yang memberi minum kepada seekor anjing yang kehausan. Atas sifat belas kasihannya itu, dia dapat hidayah lalu menjadi wanita solehah.

Jika seorang wanita itu benar-benar baik hatinya, insyaallah lambat laun dia akn menutup aurat walaupun sebelum ini tidak.

"Allah menilai pada hati. Jika hati itu baik, hal-hal luaran pasti mengikutnya menjadi baik."

Rujukan: Beduk Diketuk Lagi vol.2 karya Pahrol Mohd Juoi

 Kearah Pemantapan Tarbiyyah dan Thaqoffah Ummah 

FB : www.facebook.com/caliphconsultant
Twitter : caliph_soul.consult


Thursday, 3 September 2015

.::Sahabat Setia::.




🌷One Day One Muhasabah🌷

•Khamis, 3 September 2015•

بسم الله الرحمن الرحيم

SAHABAT SETIA
(Imam Syafiee)

إذا المرء لا يرعاك إلا تكلفا
Apabila seseorang itu tidak mementingkan engkau kecuali pada perkara yang memberi manfaat kepadanya

فدعه ولا تكثر عليه التأسفا
Maka tinggalkan dia dan janganlah engkau selalu bersedih ke atasnya

ففي الناس أبدال وفى الترك راحة
Kehidupan manusia ini silih berganti(sahabat itu bole dicari) dan peninggalan itu rehat bagi engkau

وفى القلب صبر للحبيب ولو جفا
Hati ini akan bersabar terhadap orang yang aku cintai walaupun dia melukai hatiku

فما كل من تهواه يهواك قلبه
Tidaklah mereka yang engkau cintai itu akan mencintai engkau semula

ولا كل من صافيته لك قد صفا
Dan tidaklah semua yg engkau reda terhadapnya akan reda semula kepada engkau

إذا لم يكن صفو الوداد طبيعة
Apabila kecintaan itu muncul secara buat-buat bukannya semula jadi

فلا خير فى ودّ يجىء تكلفا
Maka tiada guna bertemu dengannya

ولا خير فى خلّ يخون خليله
Dan apalah gunanya pada sahabat yang mengkhianati sahabatnya sendiri

ويلقاه من بعد المودة بالجفا
Dan apabila engkau bertemu dengannya dengan kasih sayang lalu dia menyakiti engkau

وينكر عيشا قد تقادم عهده
Dan dia memungkiri kehidupan persahabatan selama ini seolah-olah “Kita pernah berjumpa ke!?”

ويظهر سرّ كان بالامس قد خفا
Dan dia menceritakan segala rahsia engkau yang selama ini engkau rahsiakan berdua

سلام على الدنيا إذا لم يكن بها
Selamat tinggal dunia, jika sudah tiada SAHABAT yang setia

صديق صدوق صادق الوعد منصفا
Iaitu SAHABAT yang jujur dan yang berpegang pada janjinya.


 Kearah Pemantapan Tarbiyyah dan Thaqoffah Ummah 

Wednesday, 2 September 2015

Ilmu Iman





🌷One Day One Muhasabah🌷

•Rabu, 2 September 2015•

بسم الله الرحمن الرحيم


ILMU IMAN 💓

Imam al-Syafie pernah bersyair:

Aku mengadukan kepada Waki’ (guru beliau) tentang buruknya hafalan
Maka beliau membimbingku untuk meninggalkan perbuatan maksiat
Dan berkata, ‘Ketahuilah bahwa ilmu adalah cahaya Dan cahaya Allah tidak diberikan kepada pelaku maksiat'

Dalam melayari dunia menuntut ilmu, pelajar haruslah sentiasa beringat tentang kepentingan menjaga hati daripada perkara perkara maksiat dan mengerjakan tuntutan Islam. Antaranya ialah :

• Menghindari maksiat kerana maksiat merupakan hijab atau penghalang untuk mendapat ilmu. Hati yang dicemari dengan dosa tidak akan dapat menyimpan ilmu yang bermanfaat.

• Meninggalkan percakapan atau aktiviti-aktiviti yang sia-sia. Sesungguhnya masa itu amat berharga bagi seorang pelajar.

• Melakukan amalan-alaman sunat secara tersembunyi dan tidak diketahui oleh sesiapapun. Ini antara cara untuk ikhlas dalam beramal soleh.

• Orang yang mendapat bimbingan Allah sentiasa menghabiskan masanya dengan ilmu dan amalan yang berfaedah untuk dunia atau akhiratnya.

• Orang yang berilmu juga hendaklah selalu mengingati mati kerana mati itu akan menyibukkan seseorang itu dengan perkara yang bermanfaat untuk kehidupannya selepas mati.

Tuntasnya, para pelajar haruslah sentiasa beringat untuk menjaga hati daripada perkara perkara yang melalaikan agar kita dapat menimba ilmu dengan baik dan memperoleh kecemerlangan dalam akademik. Semoga Allah sentiasa membimbing kita ke jalan yang diredaiNya.


 Kearah Pemantapan Tarbiyyah dan Thaqoffah Ummah 

Tuesday, 1 September 2015

Sakit Satu Anugerah




🌷One Day One Muhasabah🌷

(Selasa,1/9/2015)

بسم الله الرحمن الرحيم

Sakit Juga Satu Anugerah😷😷

Aduh! Tak laratnya, Ya Allah, kenapalah sakit sangat ni? Susah betul nak buat kerja.”😭

Selalukan kita jumpa keluhan-keluhan seperti ini. Saya pun selalu juga begini. Anda bagaimana pula? Ya, keluhan kerana badan kita rasa lemah. Mulut terasa pahit, lidah tidak berasa apa, sendi lenguh-lenguh belaka, semua kerja terbengkalai, rugi, rugi, dan terus rugi!😞Rasa nak tidur je sepanjang hari .

Cuba kita renungi hadis-hadis ini:

“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya”. (HR. Bukhari no. 5660 dan Muslim no. 2571).

“Tidaklah seseorang muslim ditimpa keletihan, penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan, gundah-gulana hingga duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan sebagian daripada kesalahan-kesalahannya”. (HR. Bukhari no. 5641).

“Tidaklah menimpa seorang mukmin rasa sakit yang terus menerus, kepayahan, penyakit, dan juga kesedihan, bahkan sampai kesusahan yang menyusahkannya, melainkan akan dihapuskan segala dosa-dosanya”. (HR. Muslim no. 2573).

“Bencana senantiasa menimpa orang mukmin dan mukminah pada dirinya, anaknya dan hartanya, sehingga ia berjumpa dengan Allah dalam keadaan tidak ada kesalahan pada dirinya”. (HR. Tirmidzi no. 2399, Ahmad II/450, Al-Hakim I/346 dan IV/314, Ibnu Hibban no. 697, dishohihkan Syeikh Albani dalam kitabMawaaridizh Zham-aan

“Sesungguhnya Allah benar-benar akan menguji hamba-Nya dengan penyakit, sehingga ia menghapuskan setiap dosa darinya”. (HR. Al-Hakim I/348, dishohihkan Syeikh Albani dalam kitab Shohih Jami’is Shoghir no.1870).

“Tidaklah seorang muslim tertusuk duri atau yang lebih daripada itu, melainkan ditetapkan baginya dengan sebab itu satu darjat dan dihapuskan pula satu kesalahan darinya”. (HR. Muslim no. 2572).

“Sakit demam itu menjauhkan setiap orang mukmin dari api neraka”. (HR. Al-Bazzar, dishohihkan Syeikh Albani dalam kitab Silsilah al Hadiits ash Shohihah)

“Janganlah kamu mencaci-maki penyakit demam, karena sesungguhnya (dengan penyakit itu) Allah akan menghapuskan dosa-dosa anak Adam sebagaimana tungku api menghilangkan kotoran-kotoran besi”. (HR. Muslim no. 2575).

Jadi, dalam hidup ini Allah bentangkan pada kita macam-macam nikmat. Jangan cepat kita menyalahkan Allah. Mungkin apa yang baik bagi kita tidak bagi Allah. Mungkin tidak baik bagi kita tetapi baik bagi Allah. Kita hanya manusia yang lemah, cetek ilmunya, kerdil sifatnya, yakinlah pada strategi-Nya; hadapilah semua yang ada di hadapan kita dengan ikhlas, sabar dan syukur.-Sakit Juga Satu Anugerah.


 Kearah Pemantapan Tarbiyyah dan Thaqoffah Ummah