Tuesday, 11 July 2017

Program Motivasi Peperiksaan Pulun 'A' di SMK Desa Tun Hussein Onn

Alhamdulillah๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

Selesai Program Motivasi Peperiksaan Pulun 'A' di Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Tun Hussein Onn, Kuala Lumpur.๐Ÿซ



Sesi Pertama Pulun A SMK Desa Tun Hussein Onn

Sesi Kedua Pulun A SMK Desa Tun Hussein Onn

Barisan Guru-guru dan Fasilitator Program Pulun A 
Seramai 150 orang pelajar tingkatan 2 menyertai dalam program ini. Sebanyak dua sesi yang telah dilakukan sepanjang program ini.

Antara modul yang dibentangkan dalam program ini adalah:
1) Creative and Amazing Notes✨
2) Tips and Trick "Last Minute Study"✏️
3) Amazing Art of Memorization๐Ÿค”
4) Teknik Fokus dalam Pembelajaran๐Ÿ‘€
5) 10 Secret Tips of Sucess๐ŸŽ–️
6) Stress and Conflict Management๐Ÿ˜ฃ
7) Art of Exam๐Ÿ“–
8) Effective Time Management⌚






Terima kasih dan tahniah kepada semua pelajar dan guru-guru yang meluangkan masa bersama kami dalam menjayakan program yang sangat bermanfaat ini.๐ŸŽ‰

Semoga program ini dapat menambah keyakinan dan motivasi para pelajar dalam menghadapi peperiksaan yang akan datang. Kami sentiasa mendoakan para pelajar dan guru-guru di SMK Desa Tun Hussein Onn berjaya dunia dan akhirat.☺️☺️

Thursday, 6 April 2017


Assalammualaikum w,r,t. Hari ini kami ingin berkongsi dengan anda salah satu pengisian daripada modul "Skill Of Usrah Leadership" (Teknik Mengendalikan Usrah.

dan salah satu bahagian yang ingin kami kongsikan ialah :-

15 TIP DAN TRIK 

MENAMBAT HATI ANAK USRAH




















Monday, 19 October 2015

Perumpamaan Kehidupan




๐Ÿ“One Day One Muhasabah๐Ÿ“
➡[(Isnin), (19)(Oktober) 2015] (6 Muharram 1437H)

๐Ÿƒุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…๐ŸŒธ
Perumpamaan Kehidupan

Untuk sampai ke puncak gunung, pasti mengambil masa serta menggunakan tenaga yang banyak untuk mendakinya. Namun untuk terjun membunuh diri dari gunung amat mudah dan mengambil masa beberapa minit sahaja untuk badan menjadi pecah bersepai di atas tanah. Begitu juga kalau kita berputus asa, kita takkan pernah sampai ke puncak gunung tersebut. Itulah analogi bagaimana kita hendak mencapai kejayaan dalam kehidupan kita. Bukan susah nak jadi susah,bukan senang nak jadi senang.

Di dalam Al-Quran, Allah banyak mengisahkan hikmah-hikmah yang kita boleh ambil daripada kejadian alam ciptaan-Nya. Sebagai contoh, Allah mengarahkan kita untuk merenung dan mengambil pengajaran daripada kejadian unta di dalam surah Al-Ghashiyah ayat 17. Begitu juga dengan penciptaan langit,bumi serta gunung-ganang dalam ayat-ayat berikutnya.

Air di pantai kadangkala pasang, kadangkala surut. Begitu juga dengan kehidupan kita ada masa susah,ada masa senang. Ujian Allah itu boleh datang bila-bila masa sahaja. Oleh itu kekalkanlah hatimu dalam ketetapan di jalan Allah.

The fire did'nt burn Ibraheem. The knife did'nt kill Ismaeel. The whale did'nt eat Yunus. The sea did'nt drown Musa. Allah says "Remember Me, I'll remember you". Be with Allah and Allah will always be with you.

‪#‎peringatanbersama‬
‪#‎ODOM‬
Twitter: @SidqiJR Intagram: @sidqi_jr Facebook: Muhammad Sidqi Muhammad Naim
✈ Kearah Pemantapan Tarbiyyah dan Thaqoffah Ummah ✈
〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰
FB : www.facebook.com/caliphconsultant
Blog : caliphsoulconsultant.blogspot.com
Twitter : caliph_soul.consult
๐Ÿ„Caliph Soul Consultant๐Ÿ„

Friday, 16 October 2015

Ego

                                     Image result for ego


One Day One Muhasabah

➡[(Jumaat), (16)(oktober) 2015] (3 muharam 1437Hijrah)

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…

[EGO!!!]

Defisini ego adalah๓พŒจ:- ➡Menolak kebenaran dan pandang hina pada orang lain.

EGO dalam bahasa arab adalah 'ุงู„ูƒุจุฑ'

Rasulullah SAW bersabda:

"ู„ุง ูŠุฏุฎู„ ุงู„ุฌู†ุฉ ู…ู† ูƒุงู† ูู‰ ู‚ู„ุจู‡ ู…ุซู‚ุงู„ ุฐุฑุฉ ู…ู† ุงู„ูƒุจุฑ "
( Riwayat Imam muslim )

mafhumnya:tidak akan masuk syurga siapa yang dalam hati sedikit sahaja penyakit ุงู„ูƒุจุฑ (ego)

-Ego ini adalah penyakit didalam hati manusia...Apabila perasaan ego itu menguasai diri umat manusia...MAKA akan terpancarlah perilaku, kata-kata๓พ†“๓พ†“, tingkah laku yang berunsurkan TAKBUR...

-kita semua makruf bahawa sifat TAKBUR ini adalah sifat SYAITAN...

                                                                                               -: ู‚ุงู„ ุงู„ู„ู‡ ุชุนู„ู‰ ูู‰ ุณูˆุฑุฉ ุงู„ุจู‚ุฑู‡..

(ูˆَุฅِุฐْ ู‚ُู„ْู†َุง ู„ِู„ْู…َู„َุงุฆِูƒَุฉِ ุงุณْุฌُุฏُูˆุง ู„ِุขุฏَู…َ ูَุณَุฌَุฏُูˆุง ุฅِู„َّุง ุฅِุจْู„ِูŠุณَ ุฃَุจَู‰ٰ ูˆَุงุณْุชَูƒْุจَุฑَ ูˆَูƒَุงู†َ ู…ِู†َ ุงู„ْูƒَุงูِุฑِูŠู†َ) [Surat Al-Baqara : 34]

Maksudnya: Dan (.ingatlah ketika kami berfirman kepada malaikat "sujudlah kamu kepada adam!" Maka sujudlah mereka kecuali iblis, dia enggan dan takbur dan dia termasuk golongan orang yang kafir.

➡Kita lihat kembali definisi Ego iaitu menolak kebenaran dan menghina orang lain..

1. Iblis menolak kebenaran bahawa pada hakikatnya  dia perlu sujud pada nabi adam

2.iblis enggan sujud kepada nabi adam kerana adam hanya diciptakan daripada tanah dan iblis diciptakan daripada api...disini terbukti bahawa iblis memandang hina terhadap adam kerana hanya dicipta daripada  tanah..

▶maka lahirlah tindakan yang berunsurkan takbur dan menyebabkan iblis dihalau keluar dari syurga dan telah menjadi kafir...

Imam Ghazali telah menerangkan punca punca EGO ini didalam kitabnya
 'ุงุญูŠุงุก ุนู„ูˆู… ุงู„ุฏูŠู†'

terdapat 7 punca seseorang itu EGO :-

1.ilmu
2.banyak melakukan ibadah
3.keturunan
4.kecantikan (banyak berlaku dalam kalangan wanita )
5.kekayaan
6.kekuatan fizikal
7.ramainya pengikutnya

Maka haruslah kita (CSC) membuang sifat ุงู„ูƒุจุฑ dlm diri setiap ahli...agar islam itu lebih mudah tersebar...
ุฃุญุจูƒู… ูู‰ ุงู„ู„ู‡...

♡♡♡♡♡♡♡

#JanganEgo
#bersamabersatu
#smileAlways
#ODOM


✈ Kearah Pemantapan Tarbiyyah dan Thaqoffah Ummah ✈
〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰

FB : www.facebook.com/caliphconsultant
Blog : caliphsoulconsultant.blogspot.com
Twitter : caliph_soul.consult

Caliph Soul Consultant

6 Perkara Yang Mendorong Seseorang Itu Mengumpat


                                                   
                                         

One Day One Muhasabah

Assalamualaikum..

ONE DAY ONE MUHASABAH

(Jumaat-2 Oktober 2015/19 Zulhijjah 1436)

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…

Imam al-Ghazali ada menyebut enam perkara yang mendorong seseorang itu
mengumpat;

1. Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan yang memuncak hingga sanggup
mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain. Jika kemarahan tidak dapat
dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam;

2. Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi
dan kehormatan seseorang;

3. Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh
dan rendah;

4. Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung
dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat;

5. Bergurau dan suka melawak untuk mencela dan mengatakan kelemahan dan
kecacatan hingga mengaibkan orang lain; dan

6. Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong
kerana memandang rendah orang lain.

Sehubungan itu, Imam al-Ghazali menyarankan lima perkara untuk
menghentikan sikap suka mengumpat, antaranya ialah;

Harus sedar dan insaf mengumpat dan memburuk-burukkan orang lain itu
berdosa besar;

#Sedar dan membetulkan kesalahan sendiri daripada menyalahkan orang; dan
#Hendaklah berasa malu apabila memperli kecacatan orang lain. Ini kerana
mencela kecacatan fizikal seolah-olah mencerca Tuhan yang menciptakan.

#peringatanbersama
#ODOM

✈ Kearah Pemantapan Tarbiyyah dan Thaqoffah Ummah ✈

FB : www.facebook.com/caliphconsultant
Blog : caliphsoulconsultant.blogspot.com
Twitter : caliph_soul.consult

Caliph Soul Consultant

Thursday, 15 October 2015

S.Y.U.K.U.R



๐Ÿ“One Day One Muhasabah๐Ÿ“ -
➡[(khamis), (15 oktober 2015] (2 muharam 1437 h)

๐Ÿƒุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…๐ŸŒธ
[syukur]
manusia ni senang lupa....disaat mendapat kenikmatan yang melimpah ruah semuanya lupe....mudah lupa....ingat dia yang paling berkuasa, hebat , lepastu bongkak, sombong , angkuh semua lengkaplah senang cerita...tp bila allah campakkan sedikit ujian, baru dia nk cari allah..baru dia tahu yang dia dekat dunia ni sangat lemah dan hina...allah uji hambanya sebab allah rindu akan rintihan hambanya di tikar sejadah...itu maknanya allah sayang kita sebagai hambanya.
ingatlah duit bukan segala-galanya ...duit tak bole beli pahala, tak bole beli syurga , so maknanya duit hanya laku kat dunia je..kt akhirat tak laku langsung..setiap manusia diumpamakan tetamu dan wang sebagai pinjaman..tetamu pasti akan balik sama ada cepat atau lambat dan pinjaman pasti akan di pulangkan..so sedarlah, bahawa dunia ini hanya tempat persingahan sebelum menuju ke destinasi yg paling indah dan dahsyat iaitu syurga dan neraka...dunia ini lebih kurang mcm rnr la....tmpt persinggahan sebelom nk terus kan ke destinasi yang hendak di tuju...
nikmat sihat akan terasa bila kita pernah sakit, nikmat harta akan terasa bila kita pernah susah, nikmat hidup akan terasa bila kita pernah terkena musibah, musibah adalah awal daripada kenikmatan hidup.. indah dan bahagian hidup dengan kemanisan iman dan menjadikan allah sebagai tujuan utama dalam kehidupan.
‪#‎syukurselalu‬
‪#‎kiamatsudahdekat‬
‪#‎taubatsebelomterlambat‬
‪#‎peringatanbersama‬
‪#‎ODOM‬
‪#‎identiti‬ diri
✈ Kearah Pemantapan Tarbiyyah dan Thaqoffah Ummah ✈
〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰
FB : www.facebook.com/caliphconsultant
Blog : caliphsoulconsultant.blogspot.com
Twitter : caliph_soul.consult
๐Ÿ„Caliph Soul Consultant๐Ÿ„

Wednesday, 14 October 2015

Maal Hijrah





๐Ÿ“One Day One Muhasabah๐Ÿ“
➡[(Rabu), (14)(Oktober) 2015] (1 Muharram 1436 Hijrah)
๐Ÿƒุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…๐ŸŒธ
[Maal Hijrah]
Di dalam mauduk hijrah dan perpindahan orang islam
Jika kita hayati, mereka begitu iman yg jitu sanggup melepaskan segala harta, keluarga, kediaman & segalanya..
"Untuk siapa?"
Semata-mata untuk Islam
Jika kita renungi kisah para sahabat
-Saidina Abu Bakar saudagar yg kaya, tetapi kerana Islam beliau berkorban hartanya semua
-Saidina Umar hidupnya mewah sebelum islam, semasa menjadi khalifah bajunya seperti rakyat biasa dan ada tompok2 jahitan
-Abdul Rahman Bin Auf seorang yg kaya, tetapi selepas Islamnya beliau, kehidupan berubah.
Padahal, jika mereka tidak memeluk Islam kehidupan mewah menanti mereka
Teringat kata-kata seorang penceramah motivasi
"Hidup untuk memberi"
"If we want something, give someting"
Jika kita hendak Syurga, berilah keringat dan titik peluh kita untuk tegakkan syiar Islam.
‪#‎salammaalhijrah‬
‪#‎peringatanbersama‬
‪#‎ODOM‬
‪#‎identiti‬ diri
✈ Kearah Pemantapan Tarbiyyah dan Thaqoffah Ummah ✈
〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰
FB : www.facebook.com/caliphconsultant
Blog : caliphsoulconsultant.blogspot.com
Twitter : caliph_soul.consult
๐Ÿ„Caliph Soul Consultant๐Ÿ„