Caliph Soul Consultant
Friday, 16 October 2015
Ego
One Day One Muhasabah
➡[(Jumaat), (16)(oktober) 2015] (3 muharam 1437Hijrah)
بسم الله الرحمن الرحيم
[EGO!!!]
Defisini ego adalah:- ➡Menolak kebenaran dan pandang hina pada orang lain.
EGO dalam bahasa arab adalah 'الكبر'
Rasulullah SAW bersabda:
"لا يدخل الجنة من كان فى قلبه مثقال ذرة من الكبر "
( Riwayat Imam muslim )
mafhumnya:tidak akan masuk syurga siapa yang dalam hati sedikit sahaja penyakit الكبر (ego)
-Ego ini adalah penyakit didalam hati manusia...Apabila perasaan ego itu menguasai diri umat manusia...MAKA akan terpancarlah perilaku, kata-kata, tingkah laku yang berunsurkan TAKBUR...
-kita semua makruf bahawa sifat TAKBUR ini adalah sifat SYAITAN...
-: قال الله تعلى فى سورة البقره..
(وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ أَبَىٰ وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ) [Surat Al-Baqara : 34]
Maksudnya: Dan (.ingatlah ketika kami berfirman kepada malaikat "sujudlah kamu kepada adam!" Maka sujudlah mereka kecuali iblis, dia enggan dan takbur dan dia termasuk golongan orang yang kafir.
➡Kita lihat kembali definisi Ego iaitu menolak kebenaran dan menghina orang lain..
1. Iblis menolak kebenaran bahawa pada hakikatnya dia perlu sujud pada nabi adam
2.iblis enggan sujud kepada nabi adam kerana adam hanya diciptakan daripada tanah dan iblis diciptakan daripada api...disini terbukti bahawa iblis memandang hina terhadap adam kerana hanya dicipta daripada tanah..
▶maka lahirlah tindakan yang berunsurkan takbur dan menyebabkan iblis dihalau keluar dari syurga dan telah menjadi kafir...
Imam Ghazali telah menerangkan punca punca EGO ini didalam kitabnya
'احياء علوم الدين'
terdapat 7 punca seseorang itu EGO :-
1.ilmu
2.banyak melakukan ibadah
3.keturunan
4.kecantikan (banyak berlaku dalam kalangan wanita )
5.kekayaan
6.kekuatan fizikal
7.ramainya pengikutnya
Maka haruslah kita (CSC) membuang sifat الكبر dlm diri setiap ahli...agar islam itu lebih mudah tersebar...
أحبكم فى الله...
♡♡♡♡♡♡♡
#JanganEgo
#bersamabersatu
#smileAlways
#ODOM
✈ Kearah Pemantapan Tarbiyyah dan Thaqoffah Ummah ✈
〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰
FB : www.facebook.com/caliphconsultant
Blog : caliphsoulconsultant.blogspot.com
Twitter : caliph_soul.consult
Caliph Soul Consultant
Labels:
ODOM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment