Caliph Soul Consultant
Tuesday, 6 October 2015
Ibrah Dari `JEREBU'
One Day One Muhasabah
Assalamualaikum..
ONE DAY ONE MUHASABAH
(Isnin- 5 Oktober 2015/21 Zulhijjah 1436)
بسم الله الرحمن الرحيم
IBRAH dari "JEREBU"
Akhir kini, Malaysia dan negara sekitarnya sedang tenat "dijangkiti" masalah jerebu yang semakin meruncing dan membimbingkan seluruh rakyat.
Banyak pekerjaan dan aktiviti harian tergendala akibat daripada masalah jerebu yang melanda.
Seluruh manusia menyuarakan kebimbangan mereka akan tahap masalah kesihatan yang semakin meningkat dan pengurangan jarak penglihatan yang memberi kesan terhadap orang ramai untuk melihat sesuatu akibat daripada zarah-zarah jerebu yang berterbangan di udara.
Tanpa kita sedar, jerebu ini sendiri berpunca dari tangan-tangan manusia yang telah "meperkosa" dengan rakusnya alam sekitar untuk kepentingan peribadi.
Namun, sekiranya kita analogikan dan mengambil ibrah dari situasi ini, kita melihat dan menilai apa yang berlaku ini dengan mata hati(❤).
Kita andaikan alam sekitar ini umpama hati kita(❤)
Jerebu ini pula kita andaikan sebagai dosa-dosa yang telah kita lakukan.
Sekiranya, "jerebu-jerebu" itu telah menyelimuti hati-hati kita sehingga ke tahap IPU yang kritikal, adalah satu perkara yang mustahil sekiranya kita mampu "melihat" dengan jelas iaitu menilai sesuatu perkara itu sama ada hak atau batil.
Bagaimana kita melihat cahaya matahari tidak kelihatan dek kerana dihalang oleh zarah-zarah jerebu, begitulah jugak dengan hati kita, bagaimana ia mampu untuk menerima cahaya dari allah akibat ditutupi oleh dosa-dosa yang telah kita lakukan.
Adakah kita sanggup terus dan terus untuk melakukan perkara yang bakal menjerebukan hati kita dengan kerakusan tangan kita sendiri???
Anda jawab...
Oleh itu, ayuh sahabat-sahabat, ayuh jernihkan semula hati kita daripada zarah-zarah "jerebu" yang telah kita lakukan dengan cara:-
-Perbanyakan Istighfar kepada Allah s.w.t
-Qiammullai
-Solat
-Membaca Al-quran
Dan sebagainya.
Mudah-mudahan dengan usaha murni kita tersebut, kita mampu menitiskan air mata kerana dosa yang telah kita lakukan umpama "Air Hujan" yang Allah turunkan ke bumi untuk membersihkan semula udara dari jerebu.
#peringatanbersama
#ODOM
✈ Kearah Pemantapan Tarbiyyah dan Thaqoffah Ummah ✈
FB : www.facebook.com/caliphconsultant
Blog : caliphsoulconsultant.blogspot.com
Twitter : caliph_soul.consult
Caliph Soul Consultant
Labels:
ODOM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment