One Day One Muhasabah
[KHAMIS, 27 OGOS 2015]
بسم الله الرحمن الرحيم
:: AKHLAK ::
Akhlak terbahagi kepada dua :
Mazmumah iaitu akhlak yg buruk.
Mahmudah adalah yg terpuji.
Kata Rasulullah manusia masuk syurga kerana takwa yg tinggi dan akhlak yg mulia.
Ujub adalah sifat bangga diri kerana melakukan ibadah, rasa banyak berjasa dan sebagainya.
Kata Abdullah bin Masud, keselamatan itu ada 2 pekara:
1. Takwa iaitu takut lantas melakukan suruhan Allah dan jauhi laranganNya.
2. Niat. Niat ikhlas kerana Allah. Kalau mati berjihad kerana rasa dia perwira maka masuk neraka.
Binasa juga ada 2 pekara:
1. Putus harapan dengan rahmat Allah.
2. Ujub, sombong diri. Rendah diri adalah lebih baik daripada ibadat kamu 70 tahun kata malaikat kepada ahli ibadat di zaman Bani Israel. Umar ibnu Khattab berkata kesempurnaan taubatmu apabila kamu sentiasa ingat dosa-dosa yg kamu lakukan. Dosa2 boleh buat kita berat untuk melakukan amalan ibadat. Kisah Imam Syafie, hanya terpandang betis wanita yang teselak, telah hilang satu fadilat ibadatnya. Kata Umar sempurna ibadat kerana terhindar dari ujub. Umar Abd Aziz cicit kepada Umar ibnu Khattab, semasa beliau bepidato tiba-tiba timbul rasa bangga diri, dia sedar dan terus berhenti dari berpidato.
No comments:
Post a Comment