Friday, 28 August 2015

DAKWAH




One Day One Muhasabah

[ Jumaat , 28 OGOS 2015 ]

بسم الله الرحمان الرحيم

::DAKWAH::

Dalam menyampaikan dakwah atau pendapat janganlah terlalu ikut emosi sampaikan apabila ada yang memberi pendapat yang berlainan kita terus melenting.. Bermulalah perdebatan versi peperangan.. Daripada niat baik jadi tidak betul..Daripada perkara kecil, diperbesarkan. Siapa yang lagi hebat.Siapa yang lagi bagus.

Kita perlu ingat , sebelum berdakwah kita mesti ada ilmu. Itu penting. Kita janganlah meletakkan sesuatu hukum sedangkan kita hanya tahu dan fokuskan kepada satu pendapat dan hanya mengkaji sebuah kitab.. Pendapat lain tolak mentah mentah. Kata sesat..

Sentiasa tajdid niat. Ada orang pada mulanya berdakwah dengan niat yang baik. Pada akhirnya sebab inginkan 'followers' dan 'likers' yang ramai atau lebih mudah dikatakan ingin popular. Ini adalah seteruk teruk racun dalam tugas dakwah.

إنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى
“Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan.” (HR. Bukhori Muslim)

🌻🌹Sama samalah kita bermuhasabah diri dan sentiasa ingat apakah matlamat kita menjadi khalifah di muka bumi ini.🌻🌹
#odom


No comments:

Post a Comment