Friday, 11 September 2015

Ibadah Melalui Riadah.




🌷One Day One Muhasabah🌷

[Jumaat,11 September 2015]

بسم الله الرحمن الرحيم

🏈🏀Ibadah Melalui Riadah

Dewasa ini ramai yang berfikiran bahawa ibadah hanya tertumpu kepada perkara-perkara rohaniah/spiritual sahaja.Mereka lupa bahawa melalui fizikal dan lahiriah juga mereka mampu beribadah.Tambah niat serta ikhlas kepada Allah sahaja kita mampu menjana pahala sampingan melalui salah satu aktiviti fizikal iaitu riadah.

Terdapat banyak kelebihan beriadah di samping mengejar pahala dan keredaan Allah.Antaranya ialah beriadah mampu menyihatkan tubuh badan.Bayangkan kalau badan kita tak sihat,macam mana kita nak buat ibadah-ibadah yang lain?

Selain itu,riadah juga mampu merapatkan hubungan kita sesama manusia tidak kira agama,bangsa dan negara.Sebagai misal,sukan bolasepak merapatkan hubungan sesama manusia kerana dalam pasukan bolasepak negara kita sendiri terdapat pelbagai latar belakang agama,bangsa dan budaya tetapi itu tidak menghalang kita untuk terus bermain dan beriadah bersama.

Seterusnya,melalui riadah kita mampu menghindarkan anak-anak remaja kita dari terjebak dengan gejala sosial yang kian hari kian menular.Lebih baik anak kita balik lewat sebab main bola daripada anak kita balik lewat sebab clubbing,berpelesiran dan sebagainya.Beriadah itu mendatangkan lebih banyak manfaat kepada mereka daripada membazir masa melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Kesimpulannya,beriadah membawa 1001 kebaikan kepada kita.Orang-orang bijak pandai mengatakan:

'العقل السالم في الجسم السالم'
 yang bermaksud akal yang cerdas terletak pada badan yang cergas.

Oleh itu kawan-kawan,ayuh sama-sama kita beriadah kerana Allah.
Allahuakbar!


 Kearah Pemantapan Tarbiyyah dan Thaqoffah Ummah 

FB : www.facebook.com/caliphconsultant
Twitter : caliph_soul.consult


Thursday, 10 September 2015

SEDEKAH



🌷One Day One Muhasabah🌷

[(Khamis), 10/09/2015 @ 27 zulkaedah 1436h]

بسم الله الرحمن الرحيم

🍃
 S.E.D.E.K.A.H 🍃

🎈

"Sorry bro, zaman sekarang, takde duit tak boleh hidup..."


🌿"eh yeke? Habis tu, selama ni ada duit tak?"

🎈"takde"

🌿"habis tu kenapa hidup lagi kalau duit takde?"

.................................................

Nampak tak, bila mana duit dijadikan hadaf utama..
Walhal Allah s.w.t yang menghidup dan mematikan kita...

Jangan pernah takut dengan kehilangan dan kekurangan duit .. KERANA
Apa yang kita miliki sekarang tak semestinya milik kita..

Maka....
S.e.d.e.q.a.h. lah dan infakkan lah harta ke jalan Allah..

Tak salah jika kita keluarkan sedikit duit untuk bersedeqah.. 😊💰

sedeqah yang paling afdhal ialah sedeqah ketika mana kamu sihat💪
Sebabnya ketika sihat lebih bakhil ketika sakit😷

istilah tangan panjang bagi nabi ialah sikap orang yang suka bersedeqah😊

"beruntunglah orang yang bersedeqah 1 dirham..
Dan rugilah orang y bersedeqah 50 dirham..
Yakni . . orang yang bersedeqah 1 dirham tetapi mempunyai 2 dirham seolah bersedeqah 50% daripada hartanya.dan orang yang bersedeqah 50 dirham tetapi mempunyai 1000 dirham seolah dia bersedeqah 10% dari hartanya.💰💰💰
#‎sama2‬ muhasabah diri balik
‪#‎mungkin‬ dengan amalan yang sedikit dapat membantu kita diakhirat kelak.

 Kearah Pemantapan Tarbiyyah dan Thaqoffah Ummah

Tuesday, 8 September 2015

Keep Moving Forward




One Day One Muhasabah

[ Selasa, 8 September 2015 // 24 Zulkaedah 1436H ]
بسم الله الرحمن الرحيم

> Our Effort : Keep Moving Forward <

In this journey of ours of being good Muslims, let's not stop trying.
Let's not give up. The journey is long and tiring, but keep on moving forward.


Along the journey, you can rest if you need to.
That is okay, but always remember to move forward.


Along the journey, you might move slowly.
That is okay.  

We all move at different paces, but always remember to move forward.

Along the journey, we might fall down.
That is okay.
 

Your self-worth shouldn't be measured by how many times you fall down, but how many times you get back up.
 

Even if you fall down at the same spot, always get back up and move forward.

Along the journey, you might need help.
That is okay.
 

Don't travel alone.
 

Travel with your friends.
 

It'll make the journey easier and more enjoyable.
 

You help them and they help you.
 

Together, you move forward.

" Remember, the journey of a thousand miles begins with the first step "
- Rafiki, Lion King 1 1/2.


Take each step, one by one.

Reference: the Other Side of the Coin / Aiman Azlan, Ameen Misran / page 110.


#‎MovingForward‬ ‪#‎IntrospeksiDiri‬ ‪#‎PeringatanBersama‬ ‪#‎ODOM‬

Kearah Pemantapan Tarbiyyah dan Thaqoffah Ummah

FB : www.facebook.com/caliphconsultant 
Twitter : caliph_soul.consult

Monday, 7 September 2015

FALSAFAH KEJAYAAN




One Day One Muhasabah

[ 7hb September 2015]

بسم الله الرحمن الرحيم

[FALSAFAH KEJAYAAN]

 Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !

Tanggal 31 Ogos merupakan detik bersejarah terutama buat bumi Tanah Melayu. Kejayaan keluar daripada sistem masyarakat barbari. Kejayaan apabila Tanah Melayu dapat keluar dari kepompong dekolonisasi. Di situ jugalah bermulanya proses kejayaan membina masyarakat civitas tanpa campur tangan pihak luar.

Kalimah ‘KEJAYAAN’ membawa konotasi yang umum. Kejayaan merupakan pokok kata dari perkataan ‘jaya’. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi ke-3 ia membawa maksud perihal berjaya, kemenangan. Menurut terjemahan bahasa Arab, ia merupakan فلاح (falah) dan bahasa Inggeris, successful/glory.

Dalam al-Quran Allah berfirman sambil menegaskan maksudnya :

“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.”

Kejayaan dari Sudut Agama & Budi Usia remaja adalah proses membina kejayaan(mencari makna) manakala hasil tuaiannya diperolehi saat tua. Jika masa muda digunakan untuk yang biasa-biasa, hasilnya juga biasa.

“Kejayaan dari sudut agama ialah bebas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga
 (فمن زحزح عن النار وادخل الجنة فقد فاز)– Abdul Aziz, USIM

“Kejayaan dari sudut agama bermakna kita dapat mengikut setiap suruhan dan menjauhi segala larangan dari Allah dan Nabi. Dan kejayaan terbesar sekali dalam agama apabila kita dapat memasuki syurga di akhirat kelak” Ariff Azraei, UIA

“Learn how to respect others, not to expect them…” Fahmi Muin, Uniten

Tuntasnya, penulis membawakan kalam Ibn Qayyim Al Jawziyyah di dalam karya agungnya, I’lamal muwaqqi’in’ :

“Sesungguhnya shariah Islam itu binaan dan asasnya ialah atas segala hikmah dan kebaikan untuk manusia di dunia dan akhirat. Shariah Islam itu segalanya keadilan, kebaikan dan himat. Maka, setiap perkara yang terkeluar daripada keadilan kepada kezaliman, daripada rahmat kepada yang berlawan dengannya, daripada kebaikan kepada kerosakan, daripada hikmah kepada sia sia maka itu bukan shariah sekalipun diberi takwilan padanya.”

:: Futuristik. Optimistik. Bukan Utopia. ::

‪#‎peringatanbersama‬
‪#‎ODOM‬
‪#‎MAA‬

Kearah Pemantapan Tarbiyyah dan Thaqoffah Ummah

FB : www.facebook.com/caliphconsultant

 

Friday, 4 September 2015

.::Khalifah::.


🌷One Day One Muhasabah🌷

[Khamis, 13 Ogos 2015]

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

18 tahun...

Kau fikir selama 18 tahun kau bernafas dan diberi nikmat kat muka bumi ini semua free-free jer ke Allah bagi kat kau. 

Kau kena ingat, kat dalam dunia ni, semua yang Allah jadikan, ada tujuan masing-masing. Sedangkan nyamuk yang selalu gigit kau tengah-tengah malam tu pun ada tujuannya. 

Apatah lagi kau sebagai manusia yang memang dilahirkan kat dunia ni dengan satu tujuan yang amat besar. Kau terima satu amanah yang mana bukit pun tak mampu nak pikul amanah ni. Tapi kau manusia, selalu lupa tentang amanah yang diberikan.

Khalifah..Khalifah..Khalifah..

Allah tahu kau mampu nak pikul amanah ni, sebab tu Allah bagi amanah ni kat kau. Jadi, kenapa kau rasa takut untuk laksanakan amanah yang dah Allah bagi ni. Semua ni terletak pada diri kau. Kau yang tahu sendiri pasal diri kau.

Kau tak payah nak tengok jauh-jauh la. Tengok kawan sendiri kat sebelah katil tu. Dia solat Subuh tak? Bila kau pergi ke surau atau nak solat, kau ajak dia tak? Haa. Betulkan yang tu dulu, baru fikir tentang masalah negara. Kalau kau dah settlekan semua masalah kecil-kecil ni,baru lah kau boleh sembang kencang pasal isu-isu negara.

Bukan nak cakap tak boleh nak ambil tahu, tapi cube perbetulkan diri sendiri dan orang yang rapat dengan kau dulu. Bila masuk waktu solat, ajaklah member kau yang tengah tidur tu solat sekali. Baru best kalau ada suasana islam dalam kehidupan kita ni. Baru boleh gempak. Mulakan dengan perkara yang kecil dulu. Bila kau dah settle semua yang kecil-kecil ni,baru lah fikirkan tentang masalah negara Malaysia ni.


 Kearah Pemantapan Tarbiyyah dan Thaqoffah Ummah

Si Tukang Batu yang Dicium Rasulullah



🌷One Day One Muhasabah🌷

[Jumaat, 14 Ogos 2015]

بسم الله الرحمن الرحيم

Tajuk : Si Tukang Batu Yang Di Cium Rasulullah .

Diriwayatkan pada saat itu Rasulullah baru tiba dari Tabuk, peperangan dengan bangsa Romawi yang kerap menebar ancaman pada kaum muslimin. Banyak sahabat yang ikut beserta Nabi dalam peperangan ini. Tidak ada yang tertinggal kecuali orang-orang yang berhalangan dan ada uzur.

Saat mendekati kota Madinah, di salah satu sudut jalan, Rasulullah berjumpa dengan seorang tukang batu. Ketika itu Rasulullah melihat tangan buruh tukang batu tersebut melepuh, kulitnya merah kehitam-hitaman seperti terpanggang matahari.

Sang manusia Agung itupun bertanya, “Kenapa tanganmu kasar sekali?”

Si tukang batu menjawab, “Ya Rasulullah, pekerjaan saya ini membelah batu setiap hari, dan belahan batu itu saya jual ke pasar, lalu hasilnya saya gunakan untuk memberi nafkah keluarga saya, karena itulah tangan saya kasar.”

Rasulullah adalah manusia paling mulia, tetapi orang yang paling mulia tersebut begitu melihat tangan si tukang batu yang kasar karena mencari nafkah yang halal, Rasul pun menggenggam tangan itu, dan menciumnya seraya bersabda,

“Hadzihi yadun la tamatsaha narun abada”, ‘inilah tangan yang tidak akan pernah disentuh oleh api neraka selama-lamanya’.

* Rasulullahl tidak pernah mencium tangan para Pemimpin Quraisy, tangan para Pemimpin Khabilah, Raja atau siapapun. Sejarah mencatat hanya putrinya Fatimah Az Zahra dan tukang batu itulah yang pernah dicium oleh Rasulullah. Padahal tangan tukang batu yang dicium oleh Rasulullah justru tangan yang telapaknya melepuh dan kasar, kapalan, karena membelah batu dan karena kerja keras.

Suatu ketika seorang laki-laki melintas di hadapan Rasulullah. Orang itu di kenal sebagai pekerja yang giat dan tangkas. Para sahabat kemudian berkata, “Wahai Rasulullah, andai bekerja seperti dilakukan orang itu dapat digolongkan jihad di jalan Allah (Fi sabilillah), maka alangkah baiknya.” 

Mendengar itu Rasul pun menjawab, “Kalau ia bekerja untuk menghidupi anak-anaknya yang masih kecil, maka itu fi sabilillah; kalau ia bekerja untuk menghidupi kedua orang tuanya yang sudah lanjut usia, maka itu fi sabilillah; kalau ia bekerja untuk kepentingan dirinya sendiri agar tidak meminta-minta, maka itu fi sabilillah.” (HR Thabrani)

* Orang-orang yang pasif dan malas bekerja, sesungguhnya tidak menyadari bahwa mereka telah kehilangan sebagian dari harga dirinya, yang lebih jauh mengakibatkan kehidupannya menjadi mundur. Rasulullah amat prihatin terhadap para pemalas.

”Maka apabila telah dilaksanakan shalat, bertebaranlah kam di muka bumi dan carilah karunia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung”. (QS. Al-Jumu’ah 10)

”Dan Allah menjadikan bumi untukmu sebagai hamparan, supaya kamu menjalani jalan-jalan yang luas di bumi ini”. (QS Nuh19-20)

* ”Siapa saja pada malam hari bersusah payah dalam mencari rejeki yang halal, malam itu ia diampuni”. (HR. Ibnu Asakir dari Anas)

”Siapa saja pada sore hari bersusah payah dalam bekerja, maka sore itu ia diampuni”. (HR. Thabrani dan lbnu Abbas)

”Tidak ada yang lebih baik bagi seseorang yang makan sesuatu makanan, selain makanan dari hasil usahanya. Dan sesungguhnya Nabiyullah Daud, selalu makan dan hasil usahanya”. (HR. Bukhari)

”Sesungguhnya di antara dosa-dosa itu, ada yang tidak dapat terhapus dengan puasa dan shalat”. Maka para sahabat pun bertanya: “Apakah yang dapat menghapusnya, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab: ”Bersusah payah dalam mencari nafkah.” (HR. Bukhari)

”Barangsiapa yang bekerja keras mencari nafkah untuk keluarganya, maka sama dengan pejuang dijaIan Allah ‘Azza Wa Jalla”. (HR. Ahmad)

Jangan lah kita bermalas malasan didalam mencari rezeki yang halal . Kerana , hasil yang kita dapat akan menjadi darah daging kita , jika haram sumber nya dan telah menjadi darah daging kita yakni kita membeli makanan dari sumber duit haram dan kita makan makanan itu , maka haramlah keatas kita untuk menjejakkan kaki kedalam syurga Allah .

 Astaghfirullah.


 Kearah Pemantapan Tarbiyyah dan Thaqoffah Ummah 

Perjuangan tanpa Noktah





🌷One Day One Muhasabah🌷

[Sabtu, 15 Ogos 2015]

بسم الله الرحمن الرحيم

Sedikit Motivasi Penggerak Diri

Tahukah anda bahawa sejak 2006 Gaza telah melalui tiga peperangan iaitu perang Al-Furqan,perang Hijaratul Sijjil dan Ma'rakat 'Asfi Maakul?dan adakah anda tahu dalam tiga siri peperangan ini tentera-tentera Zionis Israel laknatullah telah kalah dan mengundur diri?

Apa yang ingin disampaikan di sini ialah walaupun Gaza dibedil setiap hari,berperang setiap hari namun Gaza masih berdiri dan masih berjuang tanpa putus asa sehingga ke hari ini.

Sejarah juga mencatatkan bahawa kota Jerusalem itu sendiri telah diserang,ditawan dan dimusnahkan sebanyak 63 kali keseluruhannya namun apa yang boleh dipelajari daripada Jerusalem ini ialah manusia tidak pernah berputus asa demi sesuatu yang mereka cintai.

Mujahidin Al-Qassam tidak pernah berputus asa,tidak pernah menyerah kalah demi mempertahankan agama yang mereka cintai.Setiap kali keluar ke medan perang,mereka akan keluar dengan penuh keyakinan bahawa Allah bersama mereka dan Allah akan memenangkan mereka.

Mereka percaya pada ayat:

 "Sekiranya kamu menolong agama Allah,maka Allah akan menolong kamu dan menetapkan pendirian kamu".

Alhamdulillah,oleh kerana keyakinan mereka ini mereka telah memenangi kesemua peperangan yang mereka lalui sejak 2006.Malahan kereta kebal Merkava 5 yang digelar sebagai 'Kereta Kuda Ilahi' oleh tentera Zionis yang didakwa tidak mampu untuk dimusnahkan telah pun dimusnahkan oleh pejuang-pejuang Al-Qassam dalam Ma'rakat 'Asfi Maakul pada 2014.Jumlah yang kecil tidak menjadikan kamu golongan yang lemah tetapi menambahkan lagi kekuatan dan semangat perjuangan dalam diri-diri kamu.

Ringkasnya,kita harus mengambil iktibar dari perjuangan rakyat Gaza.Sekiranya kita yakin dan percaya pada janji-janji Allah,ayat-ayat Allah maka Allah akan mempermudahkan jalan kita dalam perjuangan.

Jangan sekali-kali berputus asa kerana putus asa itu ialah titik noktah yang buruk dalam mengakhiri perjuangan.Berjuang dan terus berjuanglah sahabat-sahabatku walau dalam apa sekalipun bidangmu (menuntut ilmu,berniaga,bersukan dll).

Ada pepatah dalam bahasa Inggeris mengatakan: 

" What does'nt kill you makes you stronger".
Apa yang tidak mematikan kamu atau semangat perjuanganmu akan menambahkan lagi kekuatanmu.

Semoga kita bertambah yakin dan teguh pendirian kita kepada Allah agar dikurniakan kemenangan di dunia dan di akhirat...


 Kearah Pemantapan Tarbiyyah dan Thaqoffah Ummah