Sebelum kita berkongsi ilmu,marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah agar mendapat rahmat dari-NYA....Al-fatihah
`Ya Allah,jauhkanlah diri kami daripada nafsu amarah'
Amin.... doa yang simple tapi membawa maksud yang mendalam. Baiklah, maudu' pada post kali ini lain daripada yang lain. Mari kita kupas tajuk ini dengan lebih mendalam.
BERHALA....
macam yang kita tahu, berhala ialah patung. Contohnye macam patung lembu, arnab, ayam, gajah dan lain-lain. Tanpa kita sedar,kita juga telah menyembah `berhala'. Nak tahu tak apa nama berhala tu????
TELEFON...LAPTOP & TELEVISYEN
Sebab apa ana katakan yang kita dah menyembah benda-benda ni? Sebabnya jika azan berkumandang, masih ramai lagi yang ber 'Whatsapp', ber 'Chatting' dan menonton tv. Betul tak???
Oleh sebab tu, ana nak ingatkan diri ana dan diri antum semua untuk muhasabah balik adakah kita lebih utamakan ALLAH daripada telefon, laptop dan tv ataupun sebaliknya?
`Ya Allah, ampunkanlah dosa kami Ya Allah. Dosa yang sengaja kami lakukan dan dosa yang tidak sengaja kami lakukan...Amiin'
Untuk post kali ini, hanya sedikit sahaja perkongsian yang dapat diberikan. Maaf jika ada salah dan silap. Assalamualaikum....
Diriwayatkan dari Aisyah ra : seseorang bertanya kepada Nabi Muhammad Saw, “apakah amal (ibadah) yang paling dicintai Allah?” Nabi Muhammad Saw bersabda,” amal (ibadah) yang dilakukan secara tetap meskipun sedikit”
Janganlah kita mencintai dunia ini secara berlebihan, tapi cintailah yang memberi dunia itu, kerana kepada-Nya-lah kita akan kembali.
“Pada suatu hari dimana harta dan anak-anak tidak berguna lagi kecuali bagi orang-orang yang menghadap kepada Allah dengan hati yang bersih dan didekatkan syurga bagi mereka yang bertaqwa”
(QS. Asy Syu’ara: 88-90)