Seringkali kita terdengar atau terbaca ayat ini,
Mujahadah itu pahit, Kerana syurga itu manis.
Namun, tepuk dada tanya iman, adakah kita benar-benar faham aturan perkataan ini?
Mengapa mujahadah itu pahit? Benarkah mujahadah itu pahit? Pernahkah kita bermujahadah??
Teruskan membaca jika inginkan jawapan!
Jika dalam bahasa melayu, mujahadah itu lebih sinonim dengan bersungguh-sungguh. Tetapi
hakikatnya, mujahadah itu luas ertinya. Segala ibadah yang kita usahakan perlukan mujahadah. Kerana kita ada musuh ketat, syaitan. Dan kerana dalam diri kita juga punya musuh, nafsu.
Disebabkan mujahadah, seseorang itu sanggup lakukan sesuatu hingga peluh terakhir menitis
Disebabkan mujahadah, darah sanggup ditumpahkan di medan perang.
Disebabkan mujahadah, katil yang hempuk-hempuk sanggup ditinggalkan untuk bertemu Allah ditengah malam.
Disebabkan mujahadah juga syariat Allah terus ditegakkan walau tentangan datang bertalu-talu.
Sebagai contoh, seorang remaja ingin berhijrah daripada seorang yang 'liar' menjadi seorang yang soleh. Tidak mudah dan memerlukan mujahadah yang tinggi. Mujahadah untuk menambah ilmu di dada, mujahadah untuk disiplin dalam menunaikan solat diawal waktu, mujahadah dalam menahan tomahan rakan-rakan yang memperlekehkan niat. Nampak mudah, namun hakikatnya tidak semudah tekan butang 'enter'.
Sebagai contoh, seorang remaja ingin berhijrah daripada seorang yang 'liar' menjadi seorang yang soleh. Tidak mudah dan memerlukan mujahadah yang tinggi. Mujahadah untuk menambah ilmu di dada, mujahadah untuk disiplin dalam menunaikan solat diawal waktu, mujahadah dalam menahan tomahan rakan-rakan yang memperlekehkan niat. Nampak mudah, namun hakikatnya tidak semudah tekan butang 'enter'.
Kerana apa?
Andai
benar inginkan kemanisan syurga Allah, bermujahadah lah. Jika diri
benar-benar ingin terus berada didalam gerabak dakwah dan tarbiyah yang
penuh dengan duri-duri tajam, teruslah bermujahadah disamping
mengharapkan redha Allah.
Tidak
dinafikan, mujahadah itu tidak semudah makan masakan ibu dan terus
kenyang. Mujahadah memerlukan pengorbanan yang tinggi. Matlamat kita
sebagai hamba Allah yang menggalas jawatan sebagai khalifah mestilah
jelas. Supaya apabila tiba ujian ketika sedang menjalankan tugas, kita
dapat terus bermujahadah dan terus meyakini bahawa Allah bersama
orang-orang yang sabar.
Setelah kita berhabis pulas menghayati dan menjiwai erti sebenar mujahadah, barulah kita benar-benar dapat mengaadam kalam Allah dalam surah Al-Ankabut ayat 69:
"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada meraka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah berserta orang-orang yang berbuat baik"
Mujahadah itu pahit, Kerana Syurga itu manis.
Syurga itu indah, dan tidak mudah untuk mndapatkannya tanpa MUJAHADAH!.
No comments:
Post a Comment