"Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar buahnya dengan batu, tetapi tetap dibalas dengan buah" ( Sayidina Abu Bakar Al-Siddiq)
"Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga kamu tetapi kamu menjaga harta. Ilmu itu penghukum(hakim) dan harta itu terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tetapi ilmu itu bertambah apabila dibelanjakan" ( Sayidina Ali)
"Andai diumpamakan Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka aku akan berjalan ke seluruh pelosok tempat bagi mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramainya bilangan mereka, tetapi aku ingin hati-hati yang ikhlas untuk membantu bersamaku membina kembali bangunan usang itu menjadi bangunan tersegam indah" (Imam Hassan al- Banna)
" Hendaklah kamu lebih memerhatikan bagaiman amalan itu diterima daripada banyak beramal, kerana terlalu sedikit amalan yang disertakan takwa. Bagaimanakah amalan itu hendak diterima?"
( Sayidina Ali)
"Engkau barbuat derhaka kepada Allah, padahal engkau mengaku cinta kepada-Nya? Sungguh aneh keadaan seperti ini. Andai kecintaanmu itu tulus, tentu engkau akan taat kepada-Nya. Kerana sesungguhnya, orang yang mencintai itu tentu selalu taat kepada yang dicintai" ( Dr. Aidh al-Qarni)
"Aku hairan kepada mereka yang cinta dunia padahal kematian terus mengejarnya dan kepada orang yang melalaikan kematian padahal maut tidak pernah lalai terhadapnya, dan kepada orang yang tertawa lebar padahal tidak tahu apakah Allah reda atau murka terhadapnya" ( Salman al-Farisi)
"Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada setiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Cuma tanahnya yang berlainan menerimanya Jika ia jatuh ke tanah yang tandus, tumbuhlah kedurjanaa, dusta, penipu dan lain-lain perkara tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesucian hati, keihklasan, budi pekerti yang tinggi danlain-lain perangai terpuji" ( Hamka)
" Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah daripada itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari" ( Sayidina Ali)
Moga Bermanfaat ^_^
No comments:
Post a Comment