Buah Limau.
Seperti yang kita sedia maklum, buah limau ni
ada yang manis sangat, ada yang tawar , dan ada juga yang masam sangat. Dan
muka yang biasa terserlah bila makan buah limau masam semestinya herot
bengot...mata kecil, kening kerut-kerut, hidung dah kecut dan....bayang kan lah
sendiri~ >’_<
Al- kisah Rasulullah SAW bersama buah limau...
Satu hari Rasulullah SAW didatangi seorang
wanita kafir. Dan pada masa tu baginda sedang duduk bersama para sahabat.
Wanita tersebut
telah menghadiahkan beberapa biji buah limau kepada baginda.
Limau tersebut
sangat segar dan menyelerakan.
Baginda sangat
seronok atas pemberian tersebut.
Baginda terus
mengupas buah tersebut dan makan seulas demi seulas. Jelas diwajah baginda
senyuman yang mempamirkan kegembiraan. Rasulullah terus makan...dan makan...dan
makan...
Senyum.
Habis sebiji,
Rasulullah kupas lagi dan makan...seorang...
Para sahabat
hairan dengan sikap baginda sebab selalunya, baginda akan makan bersama-sama
mereka. Tetapi kali ini sahabat tidak dipelawa. Tidak seulas pun diberi kapada
mereka.
Rasulullah terus
makan dengan senyuman sehingga buah limau itu habis. Wanita kafir itu hanya
memerhatikan baginda.
Kemudian wanita
itu meminta diri untuk pulang diringi ucapan terima kasih baginda.
Para sahabat
yang kehairanan terus bertanya baginda sebab perlakuan baginda.
Rasulullah
menjawab...
“ Tahukah kamu
buah limau itu sangat masam semasa saya merasainya kali pertama.
Kiranya kalian
turut makan bersama, saya bimbang ada dikalangan kalian yang mengeyetkan mata
atau memarahi wanita tersebut.
Saya bimbang
hatinya akan tersinggung.
Sebab itu saya
habiskan semuanya”
Begitulah akhlak
baginda. Walaupun kafir, baginda tetap menjaga hati wanita itu.
Wanita tersebut
meninggal kan baginda dengan wajah yang kecewa.
Mengapa?
Kerana niat
sebenarnya memang sengaja ingin mempermainkan baginda dengan limau yang masam
itu. Namun niat buruknya ditewaskan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.
Kita sebagai
umat baginda yang mengaku dengan lidah bahawa baginda adalah cinta kita dalam
hati, serlahkan lah cinta itu bersama perlakuan kita. Contohi akhlak baginda
jika benar cintakan baginda. Mengakulah juga dengan hati ^_^
Sebab hati kita
adalah KING of ourself! Andai hati kotor...buruk lah akhlak. Andai hati
bersih...cantiklah akhlak kita.
Tak perlu kita
membalas kejahatan dengan kejahatan. Tetapi balaslah kejahatan dengan kemulian.
Tak perlu kita
membalas api dengan api. Tetapi balaslah api dengan air.
Sebab?
Suka apa yang
Allah suka, Tak suka apa yang Allah tak suka!
InsyaAllah hidup
dirahmati Allah ^_^
Wallahua’alam.
No comments:
Post a Comment