Wednesday, 3 December 2014

Pemuda Islami Beraksi Di Medan Guraba'.





Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sebelum anda melangkah ke medan guraba',


Saya perlu ingatkan,

Anda perlu,,,,,,,
Tarik nafas,
hembus,
tenangkan hati,
lapangkan dada.
Bacalah dengan mata hati ....

Wahai pemuda sekarang, sebelum ini dan akan datang,

Anda bertuah sungguh!,
Masih punya badan yang sihat, dan, sa...do
Ingatan yang kuat dan hebat,
Imaginasi yang meluas hampir terbabas,
dan segala nikmat khas bagi orang muda yang tiada selain daripada golongan muda.

Sebelum kita sama-sama beraksi di medan guraba', mari kita ta'aruf dengan perkataan "Pemuda"

Pemuda merupakan golongan pertengahan. Peringkat paling penting bagi sesebuah negara. Anak emas, aset penting, dan hak milik kesayangan negara. Dan perlu diingatkan, pemuda ini mempunyai satu sifat yang tiada pada golongan lain iaitu kegilaan. Pemuda ini gila. Semangat pemuda ini sangat tinggi sebenarnya. Jika mahu sesuatu , mereka mahu sangat. Tiada kompromi.

KEGILAAN SI PEMUDA


Yang membezakan pemuda kita, bukanlah warna kulit, tinggi rendah, gemuk kurus, tetapi ialah kemana sifat kegilaan pada remaja itu dibawa? Ke arah kebaikan atau keburukan?. Sebab itu pemuda harus tahu hala tuju semangat mereka. Pemuda yang digariskan dalam Islam ialah pemuda yang berpegang teguh pada agama. Sebagai manusia kita ada peranan yang Allah telah tetapkan iaitu,



HAMBA+KHALIFAH
MASA UNTUK BERTINDAK
 Justeru, bagaimana kita bertindak? Buka mata, lihat sekeliling, ummah kita makin parah. Letakkanlah dalam hati dan fikirkan tentang ummah, bukannya fikir hal diri sendiri sahaja. Kita tidak hidup keseorangan di dunia ini. Ummah itu juga tanggungjawab kita. Kita punya banyak medium, tetapi, sejauh manakah kita gunakan medium yang ada?. Pemuda facebook, sudahkan anda update status-status dakwah atau ilmu? Pemuda twitter, sudahkan anda tweet hal-hal yang mampu membangkitkan cakna orang ramai tentang Islam? Pemuda Instgram, sudah anda upload gambar-gambar indah bukti kekuasaan Tuhan? Sudahkah,?Sudahkah?Sudahkah?Fikirkan

Kalau diri sendiri masih mencipta alasan untuk malas menghadiri majlis ilmu, malas pergi bulatan usrah, bagaimana kita mahu menolong ummah?Letakkan Allah di hadapan.  Bukan nafsu di hadapan.


MEDAN GHURABA'


Kita sebenarnya berada di atas medan ghuraba' iaitu asing. Hadis nabi pun ada menyebut perihal Islam datang dengan asing dan akan kembali asing jadi, beruntunglah mereka yang asing. Dan saya mahu tanya, siapakah yang asing?  Yang dimaksudkan asing ialah mereka yang melakukan kebaikan di tengah-tengah mereka yang melakukan kemungkaran.


Medan ghuraba' ini tidak dihiasi dengan karpet merah, medan ini susah, banyak cabaran, tetapi inilah perjuangan kita. Jikalau dahulu, pemuda zaman nabi berjuang di jalan jihad peperangan tetapi zaman sekarang, inilah medan perjuangan dakwah kita.


ADUHAI PEMUDA


Sebenarnyalah kan..... Ramai yang sudah mula ada dalam jalan ini, mereka bersemangat sungguh bila berbicara tentang jihad,takbirnya bersuara padu, sudah terbanyang dia sebagai harapan agama masa hadapan, akan tetapi sayangnya, lebih ramai yang futur di tengah jalan. Kecundang di tengah jalan hanya disebabkan ujian yang sedikit. Terlalu memanjakan diri dengan keselesaan duniawi,


SOLUSI


Jadinya, kita para pemuda, jalankan amanah kita. Siap sedia, jangan rasa diri itu kecil sangat. Banyakkan join majlis ilmu. Belajar bersungguh-sungguh supaya ilmu itu dapat diamalkan dan disampaikan. Tak guna belajar bertahun-tahun tetapi tidak dapat nak menyumbang apa-apa pada ummah.


Sekarang, realitinya ramai ilmuan tetapi berapa ilmuan sahaja yang mencari mad'u. Jadilah pendakwah yang mencari mad'u, bukan sekadar menunggu mad'u datang depan mata.


Kalau sekarang kita masih ada masa untuk tengok televisyen, tengok movie, main game. Ingatlah yang kita masih belum berada di atas medan ghuraba'. Sibukkan diri. Kita tolong agama Allah, Allah akan bantu kita.

Wallahualam.

Kem Pemantapan Jati Diri Tingkatan 4

Alhamdulillah.. Selesai sudah program Pemantapan Jati Diri tingkatan 4, anjuran Lembaga Zakat Selangor.. Yg dikendalikan oleh SMART IN TOUCH consultnt dgn kerjasama CALIPH SOUL CONSULTANT yg diadakan sebanyak 5 siri.. Ribuan terima kasih diucapkan juga kepada para fasilitator yg sama2 menjayakan program ini.. Semoga usaha kita diredhoi dn diberkati oleh Allah..Banyak pengalaman dn ilmu yg dpt dikutip sepnjang mengendalikan program ini.. Semoge adik2 peserte terus beristiqomah dn kuat dlm mendepani cabaran hidup.. Allah sentiase bersama kita..

"Pemantapan Tarbiyah dan Thaqofah Ummah"

Harapan kami, semoga segala ilmu dan buah fikiran yang telah dicurahkan sepanjang kem ini mampu menyuntik semangat adik-adik untuk memajukan diri ke arah yang lebih diredhai Allah, Ketahuilah, hidup ini ada dua kali, kehidupan yang pertama menjamin kehidupan yang kedua. Semoga saham-saham akhirat yang dilaburkan ini dibaja dengan ilmu dan bercambah sehingga bermanfaat kepada orang lain, in shaa Allah.

Berikut adalah gambar-gambar sekitar  program ini dijalankan. Semoga ukhwah yang terbina di antara kita kekal hingga jannah, Insha Allah.









Monday, 24 March 2014

Kem USRAH SUPER



Alhamdulillah, Segala puji dan puja dipanjatkan kepada Allah Subhanahu wata'ala atas rahmatnya, Kem Usrah Super yang dianjurkan oleh Sekolah Agama menengah Sungai Selisek iaitu Ustaz Abdul Hafiz Musa  dengan kerjasama Caliph Consultant berjalan lancar.
Kem Usrah Super ini merupakan sebuah aktiviti yang pertama dijalankan dibawah kendalian Caliph Consultant.
Kem ini diadakan untuk memperkenalkan usrah yang kreatif dan berkesan kepada para nuqaba' di SAM Sg. Selisek. SAM Sg. Selisek merupakan sekolah di daerah Hulu Selangor dan baru sahaja menubuhkan organisasi usrah pada tahun ini. Kem ini diharapkan menjadi pemangkin semangat buat para nuqaba' untuk memimpin usrah mereka dengan lebih berkesan.

Berikut adalah gambar di sekitar kem yang diadakan selama 3 hari iaitu pada 22/3 hingga 24/3. Beberapa orang guru daripada SAMSES turut memantau pergerakan kem ini antaranya, ustaz  Ustaz hafiz..,Ustazah rohaizan..Ustazah norhamizah..Ustazah ainain..Ustazah rosnah.. Ustz feerdaus.. Fasilitator Caliph Consultant yang terlibat ialah, Aiman Syafiq, Aiman Hakim, Syafiee, Muhammad Hilmi, Safwanah, Nur Imannazatul Amelia dan Nur'Atiqah dan Nur Aiman Syafiqah. Fasilitator dari bekas pelajar SAMSES juga terlibat iaitu, Nurul Ainie Nawawi, Laila Syafinaz, Nazihah Amni, Maaruf Fitri, Saiful Anuar dan Noor Aisyah.

Para peserta beriadah pada petang hari

Aktiviti LDK membentangkan logo kumpulan

Barisan fasilitator perempuan

Riadah yang dilakukan muslimin

Pembentangan logo kumpulan

Aktiviti membina sebuah usrah yang kreatif

LDK yang menguji kekreatifan naqib
Banner usrah Super


Sesi taaruf bersama fasilitator

Riadah muslimat pada waktu pagi

Sebahagian paserta kem.

Kem ini diharapkan dapat menjana idea peserta untuk mengendalikan usrah.
Matlamat usrah tidak terhad hanya di sekolah sahaja tapi kita perlu bercita-cita untuk memajukan usrah kita di mana-mana sahaja.. =)

Tentatif program Kem Usrah Super

22 Mac 2013
4 pm            : Pendaftaran
4.30pm        : Solat Asar dan Taklimat
5.30-6.30    : Riadah Super
6.30-7.00    : persiapan diri
7.00-9.00    : Solat dan Kuliah Maghrib
9.00-10.00  : Ice breaking
10.00-10.30: Minum malam
10.30-11.30:Team building
11.30           : Tidur

23 Mac 2013
5.00-7.00    : Qiamulail, Solat dan Kuliah Subuh
7.00-8.00    : Senaman Super
8.00-9.00    : Sarapan dan Persiapan diri
9.00-10.00  : Naqib Super
10.00-10.30: Solat Dhuha
10.30-12.00: LDK 1 (how to be a super naqib)
12.00-1.45  : RESOMA
1.45-3.15    : Usrah Super Kreatif
3.15-4.30    : Usrah Super Bahagia
4.30-5.15    : Solat
5.15-5.30    : Minum Petang
5.30-6.30    : Riadah Super
6.30-7.00    : Makan malam, Persiapan diri
7.00-9.00    : Qasidah Super
9.00-10.00  : Bersama Ustaz Hafiz
10.00-10.30  : Minum Malam
10.30-11.30 : 10 Muwasafat Tarbiayh
11.30-12.00 : tayangan Video dan Tidur

24 Mac 2013
5.00-7.00 : Qiamulail, Solat, Kuliah Subuh
7.00-8.00 : Makan dan Persiapan diri
8.00-8.30 : Sesi Fotografi
8.30-9.00 : Refleksi Diri
9.00-10.30: Majlis Penutup
10.30        : Bersurai



Lagu Tema Kem Usrah Ini ialah,
Kami Penggerak Masa Hadapan


Alhamdulillah, segala komentar yang diberikan berbaur positif. Moga kita dapat berjumpa lagi.





Friday, 7 March 2014

Insan berbudi

BAPA....

Dialah insan yang mengazankan

kita, dia juga insan yang bersusah payah mencari rezeki untuk kita, insan yang mengambil berat tentang kita. Dan yang paling sebak, insan itu juga menahan keinginannya terhadap sesuatu semata-mata untuk memenuhi  keinginan kita.
Itulah, BAPA.
Ayah, abi, walid, papa, bapak,
Panggilan yang diberikan berbeza-beza namun merujuk kepada orang yang telah banyak berjasa kepada kita. Jangan dipandang kepada kelemahannya, mungkin itu sesuatu khilaf sebagai manusia, tapi pandanglah dia atas jasa-jasanya kerana itulah tanda kasihnya pada kita.

Bersyukurlah kita, kerana punya seorang bapa. Ada mereka yang mungkin dilahirkan tanpa bapa dan ada juga yang tidak mengaku bapa. Berbagai senario kita dapat saksikan dalam masyarakat kita pada hari ini namun, yang asasnya kita perlu ingat akan tanggungjawab kita terhadap mereka, walau siapapun kita.
Bapa menjadi pelindung dalam keluarga kerana sifatnya yang tegas dan pandai merangka. Setiap arahannya pasti ada sebabnya kerana dia hanya ingin yang terbaik buat anaknya. Jika ada mereka yang mempunyai bapa yang tidak sekepala dengan anda, sedarlah tempat anda sekarang, hanya sebagai anak, mematuhinya yang tidak berlawanan hukum agama itu, wajib.

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya, “Redha Allah bergantung pada redha kedua-dua ibu bapa dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa”.  (Hadis Riwayat Hakim)

Selamatkanlah bapa dari api neraka. Statmen ini khusus buat para muslimat. Anda punya kuota untuk mengheret bapa anda ke neraka jika anda  tidak melaksanakan perintah Allah. Muslimat, jika anda sayang akan bapa anda, buatlah apa yang disuruh oleh Allah, dan menegah daripada melakukan suruhannya.
Betapa besarnya harapan mereka terhadap kita. Ada sesetengah bapa selalu berkata, “kakak buatlah yang terbaik, walauapapun keputusan kakak, kakak tetap anak ayah” (ayat menusuk). Tak kurang juga ada yang “Adik mesti dapat 10 SPM , ayah tak kira, kena dapat juga. Ayat yang berbeza dapat harapan mereka satu, melihat kita bahagia di kemudian hari. Mungkin itulah kepuasan mereka sebagai bapa.

“Sesiapa yang membuat ibu dan bapanya gembira (memberi keredhaan), maka sesungguhnya ia mendapat redha Allah s.w.t”.  (Hadis Riwayat Bukhari)



Jadi, marilah sama-sama sayangi bapa kita. Rendahkan egomu serendah-rendahnya, kerana Allah tidak akan menerima seorang yang sombong untuk masuk ke syurga. Sayangilah bapa anda selagi mereka masih ada.

~NuR~

Saturday, 22 February 2014

BERHALA MASA KINI


 


  Assalamualaikum


Sebelum kita berkongsi ilmu,marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah agar mendapat rahmat dari-NYA....Al-fatihah

`Ya Allah,jauhkanlah diri  kami daripada nafsu amarah'

Amin.... doa yang simple tapi membawa maksud yang mendalam. Baiklah, maudu' pada post kali ini lain daripada yang lain. Mari kita kupas tajuk ini dengan lebih mendalam.

BERHALA....

macam yang kita tahu, berhala ialah patung. Contohnye macam patung lembu, arnab, ayam, gajah  dan lain-lain. Tanpa kita sedar,kita juga telah menyembah `berhala'. Nak tahu tak apa nama berhala tu????

TELEFON...LAPTOP & TELEVISYEN

Sebab apa ana katakan yang kita dah menyembah benda-benda ni? Sebabnya jika azan berkumandang, masih ramai lagi yang ber 'Whatsapp', ber 'Chatting' dan menonton tv. Betul tak???

Oleh sebab tu, ana nak ingatkan diri ana dan diri antum semua untuk muhasabah balik adakah kita lebih utamakan ALLAH daripada telefon, laptop dan tv ataupun sebaliknya?

`Ya Allah, ampunkanlah dosa kami Ya Allah. Dosa yang sengaja kami lakukan dan dosa yang tidak sengaja kami lakukan...Amiin'

Untuk post kali ini, hanya sedikit sahaja perkongsian yang dapat diberikan. Maaf jika ada salah dan silap. Assalamualaikum....


Diriwayatkan dari Aisyah ra : seseorang bertanya kepada Nabi Muhammad Saw, “apakah amal (ibadah) yang paling dicintai Allah?” Nabi Muhammad Saw bersabda,” amal (ibadah) yang dilakukan secara tetap meskipun sedikit”





Janganlah kita mencintai dunia ini secara berlebihan, tapi cintailah yang memberi dunia itu, kerana kepada-Nya-lah kita akan kembali. 
“Pada suatu hari dimana harta dan anak-anak tidak berguna lagi kecuali bagi orang-orang yang menghadap kepada Allah dengan hati yang bersih dan didekatkan syurga bagi mereka yang bertaqwa”
 (QS. Asy Syu’ara: 88-90)

Monday, 10 February 2014

Kata-Kata Bijak Pandai





"Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar buahnya dengan batu, tetapi tetap dibalas dengan buah" ( Sayidina Abu Bakar Al-Siddiq)

"Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga kamu tetapi kamu menjaga harta. Ilmu itu penghukum(hakim) dan harta itu terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tetapi ilmu itu bertambah apabila dibelanjakan" ( Sayidina Ali)

"Andai diumpamakan Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka aku akan berjalan ke seluruh pelosok tempat bagi mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramainya bilangan mereka, tetapi aku ingin hati-hati yang ikhlas untuk membantu bersamaku membina kembali bangunan usang itu menjadi bangunan tersegam indah" (Imam Hassan al- Banna)

" Hendaklah kamu lebih memerhatikan bagaiman amalan itu diterima daripada banyak beramal, kerana terlalu sedikit amalan yang disertakan takwa. Bagaimanakah amalan itu hendak diterima?"
( Sayidina Ali)

"Engkau barbuat derhaka kepada Allah, padahal engkau mengaku cinta kepada-Nya? Sungguh aneh keadaan seperti ini. Andai kecintaanmu itu tulus, tentu engkau akan taat kepada-Nya. Kerana sesungguhnya, orang yang mencintai itu tentu selalu taat kepada yang dicintai"  ( Dr. Aidh al-Qarni)

"Aku hairan kepada mereka yang cinta dunia padahal kematian terus mengejarnya dan kepada orang yang melalaikan kematian padahal maut tidak pernah lalai terhadapnya, dan kepada orang yang tertawa lebar padahal tidak tahu apakah Allah reda atau murka terhadapnya" ( Salman al-Farisi)

"Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada setiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Cuma tanahnya yang berlainan menerimanya Jika ia jatuh ke tanah yang tandus, tumbuhlah kedurjanaa, dusta, penipu dan lain-lain perkara tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesucian hati, keihklasan, budi pekerti yang tinggi danlain-lain perangai terpuji" ( Hamka)

" Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah  daripada itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari" ( Sayidina Ali)


Moga Bermanfaat ^_^

 



 

 

Wednesday, 5 February 2014

Mujahadah Itu Pahit




Seringkali kita terdengar atau terbaca ayat ini,

Mujahadah itu pahit, Kerana syurga itu manis.

Namun, tepuk dada tanya iman, adakah kita benar-benar faham aturan perkataan ini?
Mengapa mujahadah itu pahit? Benarkah mujahadah itu pahit? Pernahkah kita bermujahadah??
Teruskan membaca jika inginkan jawapan!



Jika dalam bahasa melayu, mujahadah itu lebih sinonim dengan bersungguh-sungguh. Tetapi hakikatnya, mujahadah itu luas ertinya. Segala ibadah yang kita usahakan perlukan mujahadah. Kerana kita ada musuh ketat, syaitan. Dan kerana dalam diri kita juga punya musuh, nafsu.

Disebabkan mujahadah, seseorang itu sanggup lakukan sesuatu hingga peluh terakhir menitis
Disebabkan mujahadah, darah sanggup ditumpahkan di medan perang.
Disebabkan mujahadah, katil yang hempuk-hempuk sanggup ditinggalkan untuk bertemu Allah ditengah malam.
Disebabkan mujahadah juga syariat Allah terus ditegakkan walau tentangan datang bertalu-talu.

Sebagai contoh, seorang remaja ingin berhijrah daripada seorang yang 'liar' menjadi seorang yang soleh. Tidak mudah dan memerlukan mujahadah yang tinggi. Mujahadah untuk menambah ilmu di dada, mujahadah untuk disiplin dalam menunaikan solat diawal waktu, mujahadah dalam menahan tomahan rakan-rakan yang memperlekehkan niat. Nampak mudah, namun hakikatnya tidak semudah tekan butang 'enter'.

Kerana apa?

Andai benar inginkan kemanisan syurga Allah, bermujahadah lah. Jika diri benar-benar ingin terus berada didalam gerabak dakwah dan tarbiyah yang penuh dengan duri-duri tajam, teruslah bermujahadah disamping mengharapkan redha Allah.

Tidak dinafikan, mujahadah itu tidak semudah makan masakan ibu dan terus kenyang. Mujahadah memerlukan pengorbanan yang tinggi. Matlamat kita sebagai hamba Allah yang menggalas jawatan sebagai khalifah mestilah jelas. Supaya apabila tiba ujian ketika sedang menjalankan tugas, kita dapat terus bermujahadah dan terus meyakini bahawa Allah bersama orang-orang yang sabar.

Setelah kita berhabis pulas menghayati dan menjiwai erti sebenar mujahadah, barulah kita benar-benar dapat mengaadam kalam Allah dalam surah Al-Ankabut ayat 69:

"Dan orang-orang yang berjihad  untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada meraka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah berserta orang-orang yang berbuat baik"


Mujahadah itu pahit, Kerana Syurga itu manis.
Syurga itu indah, dan tidak mudah untuk mndapatkannya tanpa MUJAHADAH!.

Selamat Bermujahadah!











Buah Limau





Buah Limau.

 Seperti yang kita sedia maklum, buah limau ni ada yang manis sangat, ada yang tawar , dan ada juga yang masam sangat. Dan muka yang biasa terserlah bila makan buah limau masam semestinya herot bengot...mata kecil, kening kerut-kerut, hidung dah kecut dan....bayang kan lah sendiri~ >’_<

 Al- kisah Rasulullah SAW bersama buah limau...

 Satu hari Rasulullah SAW didatangi seorang wanita kafir. Dan pada masa tu baginda sedang duduk bersama para sahabat.

Wanita tersebut telah menghadiahkan beberapa biji buah limau kepada baginda.

Limau tersebut sangat segar dan menyelerakan.
Baginda sangat seronok atas pemberian tersebut.
Baginda terus mengupas buah tersebut dan makan seulas demi seulas. Jelas diwajah baginda senyuman yang mempamirkan kegembiraan. Rasulullah terus makan...dan makan...dan makan...

Senyum.

Habis sebiji, Rasulullah kupas lagi dan makan...seorang...

Para sahabat hairan dengan sikap baginda sebab selalunya, baginda akan makan bersama-sama mereka. Tetapi kali ini sahabat tidak dipelawa. Tidak seulas pun diberi kapada mereka.

Rasulullah terus makan dengan senyuman sehingga buah limau itu habis. Wanita kafir itu hanya memerhatikan baginda.
Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang diringi ucapan terima kasih baginda.

Para sahabat yang kehairanan terus bertanya baginda sebab perlakuan baginda.

Rasulullah menjawab...

“ Tahukah kamu buah limau itu sangat masam semasa saya merasainya kali pertama.
Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada dikalangan kalian yang mengeyetkan mata atau memarahi wanita tersebut.
Saya bimbang hatinya akan tersinggung.
Sebab itu saya habiskan semuanya”

Begitulah akhlak baginda. Walaupun kafir, baginda tetap menjaga hati wanita itu.
Wanita tersebut meninggal kan baginda dengan wajah yang kecewa.

Mengapa?

Kerana niat sebenarnya memang sengaja ingin mempermainkan baginda dengan limau yang masam itu. Namun niat buruknya ditewaskan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

Kita sebagai umat baginda yang mengaku dengan lidah bahawa baginda adalah cinta kita dalam hati, serlahkan lah cinta itu bersama perlakuan kita. Contohi akhlak baginda jika benar cintakan baginda. Mengakulah juga dengan hati ^_^
Sebab hati kita adalah KING of ourself! Andai hati kotor...buruk lah akhlak. Andai hati bersih...cantiklah akhlak kita.

Tak perlu kita membalas kejahatan dengan kejahatan. Tetapi balaslah kejahatan dengan kemulian.

Tak perlu kita membalas api dengan api. Tetapi balaslah api dengan air.

Sebab?

Suka apa yang Allah suka, Tak suka apa yang Allah tak suka!

InsyaAllah hidup dirahmati Allah ^_^

Wallahua’alam.

Saturday, 1 February 2014

Everyday With ISLAM


10 SIFAT-SIFAT (SIFAT ‘ASYAR / 10 MUASOFAT)






1. SALIMUL AQIDAH سلم العقدة ~AQIDAH YG SEJAHTERA 2. SHAHIHUL IBADAH صحيح العبادة ~IBADAH YG BENAR 3. QADIRAN 'ALA KASBI قدر على كسب ~MAMPU BERDIKARI 4. MUTSAQQAFUL FIKRI مثقف الفكر ~LUAS PENGETAHUAN 5. MATINUL KHULUQ متين الخلوق ~AKHLAQ YG MANTAP 6. QAWIYYUL JISMI قوي الجسم ~JASMANI YG KUAT 7. MUJAAHIDUN LINAFSI مجاهد لنفس ~MELAWAN HAWA NAFSU 8. MUNAZZHOM FI SYUUNIHI منظم في شؤنه ~TERSUSUN URUSANNYA 9. HARISHUN 'ALAL WAQTIHI حريص على الوقت ~MENJAGA WAKTU 10. NAFI'UN LI GHOIRIHI نافع لغيره ~BERMANFAAT KPD YG LAIN

Penerangan Terperinci berkenaan 10 Muasafat Tarbiyah:



1. SALIMUL AQIDAH


~ Tidak berjampi kecuali dengan Al-Quran


~Tidak berhubung dengan jin

~Tidak meminta bantuan dari bomoh ~ Tidak menenung nasib ~ Tidak mendekati tilik ~ Tidak mengusap kubur ~ Tidak meminta bantuan dari si mati ~ Tidak membiasakan dengan sumpah ~ Tidak percaya adanya sial ~ Mulakan pekerjaan dengan Basmallah ~ Mengimani rukun iman ~ Beriman dengan azab kubur dan nikmatnya ~ Mengucapkan Alhamdulillah jika dihujani nikmat ~ Sedar syaitan adalah musuh ~ Jauhi perkara yang merugikan

2. SHAHIHUL IBADAH ~ Tidak menolak untuk jadi imam ~ Berwudhu dengan sempurna ~ Senang untuk solat berjemaah ~ Senang untuk berjemaah di masjid
3. QADIRAN 'ALA KASBI ~ Menjauhi riba ~ Elakan dari meminjam ~ Menjauhi judi ~ Mempunyai tabung simpanan ~ Infaq kepada memerlukan ~ Tidak menangguh kerja ~ Menjaga harta sahabat / sekolah / awam ~ Memelihara harta peribadi
4. MUTSAQQAFUL FIKRI ~ Mampu menulis dan membaca dengan baik ~ Mentadabbur ayat-ayat Al-Quran ~ Mengetahui hukum tajwid ~ Mengenal hadis-hadis Rasulullah S.A.W ~ Mengenal kehidupan para Sahabat Nabi S.A.W ~ Mengetahui asas hukum Thoharah ~ Mengetahui asas hukum solat ~ Mengetahui asas hukum puasa ~ Membaca buku berkaitan dengan alam semesta ~ Mampu berucap dihadapan awam ~ Menyedari nasib umat islam yang tertindas ~ Mendengar dengan baik ~ Memperbaiki sunat solat ~ Qiam sebulan dua kali ~ Infaq RM1 seminggu sekali pada masjid ~ Berpuasa Ramadhan ~ Berpuasa sunat sebulan sebulan dua kali ~ Niat untuk menziarahi Baitullah & makam Rasulullah S.A.W ~ Menjaga tajwid dalam qaraah ~ Tekun membaca Al-Quran 21 Hafal ~ Berdoa seperti Rasulullah S.A.W ~ Memaafkan sahabat sebelum tidur ~ Mulakan pekerjaan dengan Basmallah ~ Menjauhi dosa-dosa besar ~ Memberi salam dan menjawabnya ~ Beriktikaf pada bulan Ramadhan ~ Bersugi /Bersiwak sebelum berwudhu ~ Berwudhu sebelum tidur

5. MATINUL KHULUQ ~ Tidak bercakap besar ~ Yaqin dengan diri sendiri ~ Tidak suka berbohong ~ Tidak menggunakan bahasa kesat ~ Tidak mengejek orang ~ Tidak merendahkan orang ~ Tidak rapat dengan orang yang buruk akhlaknya

~ Menyayangi junior ~ Menghormati senior ~ Menepati janji ~ Menundukkan pandangan ~ Menyimpan rahsia ~ Menutupi aib orang ~ Cemburu dengan ketaqwaan seseorang ~ Cemburu dengan kecemerlangan seseorang (saingan sihat) ~ Mampu berkongsi pendapat ~ Mampu menerima arahan yang mudah ~ Berbaik sangka jika didatangi syubahat
6. QAWIYYUL JISMI ~ Besihkan badan ~ Bersihkan pakaian ~ Bersih tempat tinggal ~ Suka makan berjamaah dalam talam ~ Tidur paling lewat pukul 12 ~ Bersenam 2 jam seminggu ~ Bangun sebelum fajar ~ Mengamalkan diet sihat

~ Tidak merokok ~ Menjauhi tempat kotor ~ Menjauhi tempat berpenyakit
7. MUJAAHIDUN LINAFSIH ~ Menjauhi segala yang haram ~ Menjauhi tempat-tempat yang tidak berfaedah ~ Menjauhi tempat-tempat bermaksiat ~ Tidak mempunyai hubungan istimewa dengan Putera / Puteri


8. MUNAZZHOM FI SYUUNIHI ~ Penampilan yang elok
9. HARISHUN 'ALA WAQTIHI ~ Bangun awal ~ Menggunakan masa sebaiknya
10. NAFI'UN LI GHOIRIHI ~ Mendoakan ibu bapa selepas solat ~ Menyertai majlis ilmu ~ Membantu sahabat dalam kesusahan ~ Menasihati sahabat ~ Mencari sahabat yang baik dan memperbaiki sahabat







Friday, 31 January 2014

Bismillahirahmanirahim

Alhamdulillah, selangkah kita menuju ke gerbang dakwah. InsyaAllah, ini permulaan kita menuju redha-Nya. 



Maaf blog ini dalam pengubahsuaian. 




(Dakwah.Islam.TakkanTerhenti)