Wednesday, 30 September 2015

PERSAHABATAN

๐ŸŒทOne Day One Muhasabah๐ŸŒท
[Rabu, 30 September 2015]
(17 Zulhijjah 1436)
ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…


PERSAHABATAN adalah satu nikmat, kerana ia adalah tanda keimanan sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara."

Kita memang diajar berhati-hati memilih teman kerana silap pilih, kadangkala buruk akibatnya.
Persahabatan yang baik akan membawa kita ke syurga dan kalau tersilap, padah membawa ke neraka.
Ada yang bertanya, kalau kita berkawan dengan yang baik saja manakala yang bermasalah dibiarkan saja, siapa pula yang akan mendidik dan menegurnya.
Sebenarnya sudah lama kita melakukan kesilapan dalam melayani seseorang. Remaja yang bermasalah sepatutnya didekati bukannya dipulau atau diboikot.
Cuma mendekati mereka ini memerlukan kekuatan prinsip yang utuh supaya kita yang mendekatinya terutama sesama remaja, agar kita tidak larut dan hanyut terlena serta tertipu kerana tidak kuat prinsip.
Ada sebuah cerita keprihatinan ulama bergaul dengan niat mengubah mereka yang bermasalah.

๐ŸŒฟkisah indah persahabatan๐ŸŒฟ

Pada suatu hari Ibnu al-Mubarak berjumpa dengan seorang yang jahat pekerti dan rendah budinya dalam satu perjalanan.
Dia terus bergaul dengannya dan berjalan bersamanya walaupun terpaksa menanggung kesabaran atas pekertinya yang kurang menyenangkan itu.
Detik berpisah akhirnya tiba. Ibnu al-Mubarak menjadi sebak dan menangis. Apabila ditanya kenapa dia menangis, dia menerangkan:

"Aku menangis kerana masih sayang kepadanya. Aku terpaksa berpisah dengannya dalam keadaan dia belum dapat berpisah dengan kelakuannya yang buruk itu."
Apa yang kita boleh pelajari dari kisah terbabit ialah:

•Berkawanlah dengan sesiapa saja asalkan bertujuan untuk memperbaiki hubungan silaturahim serta mendekatkan diri kepada Allah.

•Perbaiki hubungan sesama manusia (hablum-minan-nas) di samping perbaiki hubungan dengan Allah (hablum-mina-Allah)

•Jangan mamandang keji terhadap seseorang kerana akhlaknya tetapi bersimpatilah di samping cuba untuk mengubah kelakuannya.
Berusaha dalam dakwah adalah tanggungjawab kita tetapi pemberian taufiq dan hidayah adalah dengan izin Allah.

‪#‎hafiz‬
‪#‎peringatanbersama‬
‪#‎ODOM‬
Kearah Pemantapan Tarbiyyah dan Thaqoffah Ummah
FB : www.facebook.com/caliphconsultant
Blog : caliphsoulconsultant.blogspot.com
Twitter : caliph_soul.consult
๐Ÿ„Caliph Soul Consultant๐Ÿ„

Monday, 28 September 2015

Apakah Amalan yang Sentiasa Mengalir?


๐ŸŒˆOne Day One Muhasabah๐ŸŒˆ

Selasa, 29, September 2015
16 Zulhijjah 1436
ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…


APAKAH AMALAN YG SENTIASA MENGALIR?

1. Ilmu yang disebarkan :
Menyebarkan ilmu pengetahuan yang bermanfaat, baik melalui pendidikan formal (seperti sekolah, universiti , kolej dan institusi) dan pendidikan tidak formal seperti perbincangan ilmiah, tazkirah di masjid-masjid, ceramah umum, kursus motivasi, program dakwah dan tarbiah dan sebagainya. Termasuk dalam kategori ini adalah menulis buku-buku yang berguna , menulis kitab-kitab agama dan menyebarkan bahan-bahan pendidikan Islam melalui artikel-artikel tazkirah samada di facebook atau blog.


2.  Anak soleh yang ditinggalkan :
Mendidik anak menjadi anak yang soleh. Anak yang soleh akan selalu berbuat kebaikan di dunia. Kebaikan yang diperbuat oleh anak soleh, pahalanya sampai kepada ibu bapa yang mendidiknya yang telah meninggal dunia tanpa mengurangkan nilai atau pahala yang diterima oleh anak-anak tadi. Doa anak yang soleh kepada kedua ibu bapanya mustajab di sisi Allah SWT.




3. Mushaf (kitab-kitab agama) yang diwariskannya :
Mewariskan kitab suci al-Quran, kitab tafsir al-Quran, mushaf (buku agama) kepada orang-orang yang dapat memanfaatkannya untuk kebaikan diri dan masyarakatnya. Samaada untuk ahli keluarga dirumah, untuk sekolah-sekolah agama dan maahad tahfiz dan untuk perpustakaan awam. Selagi kitab-kitab tersebut digunakan sebagai bahan bacaan dan rujukan maka orang yang mewakafkan akan mendapat pahala yang berterusan.



4. Masjid yang dibina :
Membangunkan masjid. Perkara ini selaras dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud, “Barangsiapa yang membangunkan sebuah masjid kerana Allah walau sekecil apa pun, maka Allah akan membangunkan untuknya sebuah rumah di syurga” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim). Orang yang membina masjid tersebut akan menerima pahala seperti pahala orang yang mengerjakan amal ibadah di masjid tersebut. Termasuk juga mewakafkan tanah untuk pembinaan masjid.



5. Rumah yang dibina untuk penginapan orang yang sedang dalam perjalanan :
Menyediakan rumah musafir atau pondok bagi orang-orang yang bermusafir untuk kebaikan adalah satu amalan sangat di tuntut. Setiap orang yang memanfaatkannya, baik untuk berehat sebentar mahupun untuk bermalam dan kegunaan lain yang bukan untuk maksiat, akan mengalirkan pahala kepada orang yang membinanya. Termasuk juga kita membina pondok perhentian bas ditepi-tepi jalan yang tidak di bina oleh kerajaan.
 

6. Sungai yang dialirkannya untuk kepentingan orang ramai,
Mengalirkan air secara baik dan bersih ke tempat-tempat orang yang memerlukannya atau menggali perigi di tempat yang sering dilalui atau didiami orang ramai. Setelah orang yang mengalirkan air itu meninggal dunia dan air itu tetap mengalir serta terpelihara dari kecemaran dan dimanfaatkan orang yang hidup maka ia mendapat pahala yang terus mengalir.
Semakin ramai orang yang memanfaatkannya semakin banyak ia menerima pahala di akhirat. Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa membina sebuah telaga lalu diminum oleh jin atau burung yang kehausan, maka Allah akan memberinya pahala kelak di hari kiamat.” (Hadis Riwaya Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Majah).


7. Harta yang disedekahkannya :
Menyedekahkan sebahagian harta. Sedekah yang diberikan secara ikhlas akan mendatangkan pahala yang berlipat ganda. Selain daripada harta yang diberikan sebagai sedekah, termasuk juga mewakafkan tanah untuk pembangunan pendidikan Islam, rumah anak yatim, maahad tahfiz, tanah perkuburan dan rumah oarng-orang tua. Selagi tanah tersebut digunakan untuk kebaikan maka pahalanya akan berterusan kepada pemberi tanah wakaf tersebut



‪#‎peringatanbersama‬
‪#‎ODOM‬
Kearah Pemantapan Tarbiyyah dan Thaqoffah Ummah
FB : www.facebook.com/caliphconsultant
Blog : caliphsoulconsultant.blogspot.com
Twitter : caliph_soul.consult
Caliph Soul Consultant

Sunday, 27 September 2015

Kisah Si Wali Kaya dengan Tok Guru

��One Day One Muhasabah��
Isnin, 28, September 2015
15 Zulhijjah 1436
ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…


Di sebuah perkampungan terdapat seorang pemuda yang mempelajari ilmu agama dengan seorang Tok Guru . Pemuda tersebut ingin pergi ke sebuah perkampungan untuk menyelesaikan beberapa perkara. Lalu, Tok Guru ini berpesan supaya meminta nasihat daripada seorang wali Allah dengan memberikan nama wali Allah tersebut. Nasihat yang diminta adalah untuk diri Tok Guru itu sendiri.

*******************************************************************************************************

Tibalah hari keberangkatan pemuda itu ke sebuah perkampungan. Si pemuda menyelesaikan urusannya di kampung tersebut lantas terus mencari wali Allah untuk mnyampaikan amanat Tok Guru nya itu. Setelah penat mencari, ketahuilah dia bahawa wali Allah yang dicari itu merupakan seorang yang mempunyai pangkat yang tinggi dalam pentadbiran. Si pemuda itu perlu melepasi beberapa tapisan sebelum berjumpa dengan wali Allah yang dikatakan oleh Tok Guru nya itu.

******************************************************************************************************

Setelah berjaya melepasi tapisan, dapatlah si pemuda itu bertemu dengan lelaki yang dikatakan wali Allah oleh gurunya itu. Ternyata, keadaan wali Allah itu tidaklah seperti bayangannya. Dia menyangkakan bahawa wali Allah itu tidak berharta, berpakaian sederhana dan tidak duduk di rumah serupa istana. Sedangkan yang dia lihat sekarang sangat bercanggah dengan sangkaannya itu. Wali Allah ini hidup mewah dan ada pangkat dalam pentadbiran. Tanpa membuang masa, pemuda itu menyampaikan amanah untuk meminta nasihat daripada wali Allah tersebut untuk tok guru nya.

*****************************************************************************************************

Lelaki yang dikatakan wali Allah itu memberi nasihat kepada Tok Guru supaya

"Tinggalkan dunia daripada hatimu. "

Si pemuda itu pulang dan menyampaikan nasihat wali Allah itu kepada Tok Guru nya seraya Tok Guru tersebut menangis kerana walaupun dia hidup sangat sederhana, tidak mewah dan tidak banyak harta, namun masih tersisa dunia di hatinya.

Pengajarannya :-
> Orang kaya yang berharta tetapi tidak tersisa sedikitpun dunia di hatinya lebih baik daripada si miskin yang tersisa dunia di hatinya.
> Islam tidak menidakkan perkara yang asasi namun, kita perlu tundukkan segala nafsu dan kehendak kepada Islam
> Letakkan dunia ditanganmu bukan dihatimu.

 Perkongsian daripada ceramah "Korban" Mufti Negeri Terengganu, Dato Dr Zulkifly bin Muda


‪#‎N‬.A.N
‪#‎peringatanbersama‬
‪#‎ODOM‬
Kearah Pemantapan Tarbiyyah dan Thaqoffah Ummah
FB : www.facebook.com/caliphconsultant
Blog : caliphsoulconsultant.blogspot.com
Twitter : caliph_soul.consult
๐Ÿ„Caliph Soul Consultant๐Ÿ„

Friday, 25 September 2015

Dimanakah Kecantikan Lelaki & Kegagahan Wanita ?




One Day One Muhasabah

Jumaat, 25 September 2015
11 Zulhijjah 1436 h

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…

Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki?

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-
1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.
5) Lelaki yang baik sangka.
6) Lelaki yang tak pernah putus asa.
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.
Seluruh kecantikan Yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki…

Dan dimana Kegagahan Wanita?

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan
Perempuan yang gagah adalah:-
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan..
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan..
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan..
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan...
Sabda Rasulullah SAW: “Sebarkanlah ajaranku walaupun
satu ayat ” Surah Al-Ahzab : Ayat 71
“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”

#peringatan
"Lupakan 2 perkara: Lupakan kejahatan orang pada kita.. Lupakan kebaikan kita pada orang..Dan ingatlah 2 perkara: Ingatlah kejahatan kita pada orang..Ingatlah kebaikan orang pada kita.."
Salam EidulAdha. Moga amal ibadah kita diterima ALLAH. Amiin Ya Rabb.   Maaf zahir dan batin.

#ErtiHidupPadaMemberi
#peringatanbersama
#ODOM

✈ Kearah Pemantapan Tarbiyyah dan Thaqoffah Ummah ✈

FB : www.facebook.com/caliphconsultant
Blog : caliphsoulconsultant.blogspot.com
Twitter : caliph_soul.consult

Caliph Soul Consultant

Thursday, 24 September 2015

Tiada Cinta Tanpa Pengorbanan





๐ŸŒทOne Day One Muhasabah๐ŸŒท

Khamis, 24 September 2015
10 Zulhijjah 1436

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑ ุญู…ู† ุงู„ุฑ ุญูŠู…

๐ŸŒธ Tazkirah Aidil Adha : Tiada cinta tanpa pengorbanan ๐ŸŒธ

' Daripada Zaid bin Arqam, dia berkata : Suatu hari sahabat Rasulullah S.A.W bertanya :" Wahai Rasulullah apakah yang ada pada korban itu? " Jawab Rasulullah : "Ia adalah sunah bapa kamu, Ibrahim". Mereka berkata : "Apa yang kami akan peroleh daripadanya wahai Rasulullah?". Rasulullah menjawab : "Bagi setiap helai rambut ada kebajikannya". Mereka berkata : "Bagaimana pula dengan bulunya wahai Rasulullah?". Rasulullah S.A.W menjawab : "Bagi setiap helai bulu ada kebajikannya". (Riwayat Ahmad,Ibnu Majah dan Tarmizi)

Bulan zulhijjah merupakan bulan yang tersimpan pelbagai pengajaran bagi seluruh umat islam selain daripada bulan yang dijanjikan pelbagai nikmat dari sisiNya. Maka tidak dapat lari kita dari berbicara mengenai peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang membawa kepada apa yang dijadikan sebagai ibadat korban yang ditetapkan oleh Allah SWT. Allah SWT telah menceritakan di dalam al-quran mengenai dua makhluk yang amat dekat di sisiNya ini yang bermaksud :

'Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata : "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anak menjawab : "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insyaallah ayah akan mendapat daku dari orang-orang yang sabar". Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu) dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itulah menjalankan perintah Kami).' (As-Saaffat : 102-103)

Maha Suci Tuhan, menciptakan dua susuk tubuh yang amat akur pada perintah Pencipta. Betapa sukarnya Nabi Ibrahim untuk bertemu semula dengan anaknya yang ditinggalkan sejak dari kecil, dan setelah bertemu diminta pula untuk dikorbankan. Namun cinta Allah lebih agung dari segalanya, disuarakan jua riwayat mimpi kepada si anak kecil yang masih belum kenal pada dunia, tetapi telah mengenal erti cinta. Cinta seorang hamba kepada Tuannya.

Dua susuk tubuh ini sama-sama IKHLAS berKORBAN demi CINTA kepada Allah SWT. Betapa lemahnya langkah Nabi Ibrahim ketika itu kerana tahu nasib yang akan menimpa Nabi Ismail, anak kesayangannya dan Allah SWT tidak pernah lekang walau sesaat menghitung rintih hiba hambaNya yang beriman dan akhirnya Dia mengurniakan rahmatNya :
" Dan kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian". (As-Saaffat : 107-108)

Sahabat ini merupakan kekasih Allah yang diuji sebegini rupa, bagaimana pula dengan diri kita? Cubaan dan dugaan yang dihadapi setiap hari kehidupan tidak ternilai berbanding mereka. Namun masih kita mudah berkeluh kesah dan lupa akan nikmat pemberianNya. Layakkah kita ke syurga dengan mahar yang dibawa?
Cinta Nabi Ibrahim kepada Sang Pencipta mengorbankan si anak yang sangat dikasihinya.
Cinta Nabi Ismail menundukkan jiwa seorang bapa untuk redha pada ketentuan dariNya
Kerana tiada cinta tanpa pengorbanan.


Kearah Pemantapan Tarbiyyah dan Thaqoffah Ummah



Wednesday, 23 September 2015

Pilih.Terpilih.Memilih.Dipilih.Pilihan




๐ŸŒทOne Day One Muhasabah๐ŸŒท

Rabu, 23 September 2015
9 Zulhijah 1436

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…

Pilih - Terpilih - Memilih - Dipilih - Pilihan

Kita sebagai manusia tidak akan dapat lari dari lima perkataan di atas. Pada setiap detik, kita mesti membuat pilihan. Sama ada untuk terus bernafas atau tidak. Sama ada untuk terus menyebar manfaat atau tidak. Sama ada untuk terus bersama Islam atau tidak.

Setiap pilihan yang kita putuskan secara sedar atau tidak ialah batu-batu kecil yang menentukan skrip kehidupan kita, sama ada berakhir di syurga ataupun di neraka.

Firman Allah di dalam Al-Furqan,

ูˆ ุฑุจูƒ ูŠุฎู„ُู‚ُ ู…ุง ูŠุดุงุก ูˆ ูŠุฎุชุงุฑ
Dan Tuhan kamu dia ciptakan apa sahaja dan Dia melakukan pemilihan.

Hari ini, 9 Zulhijjah adalah antara hari-hari yang dipilih yang padanya punya keistimewaan.

Kata Rasulullah ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… :
ุตูŠุงู… ูŠูˆู… ุนุฑูุฉ ุฃุญุชุณุจ ุนู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุฃู† ูŠูƒูุฑ ุงู„ุณู†ุฉ ุงู„ุชูŠ ู‚ุจู„ู‡ ูˆุงู„ุณู†ุฉ ุงู„ุชูŠ ุจุนุฏู‡
Puasa pada hari Arafah, aku berharap agar Allah menjadikannya sebagai penghapus dosa-dosa setahun sebelumnya dan dosa-dosa setahun selepasnya.
[Riwayat Muslim]

Maka, pilihlah apa yang terbaik untuk Islam, pastinya itu lah yang terbaik untuk kita.

Jika kamu kira MEMBUANG MASA, MALAS MEMBACA, MALAS BERIBADAH itu yang terbaik untuk Islam, yang akan memajukan Islam, yang akan mengangkat darjat Islam... maka, lakukanlah.


 Kearah Pemantapan Tarbiyyah dan Thaqoffah Ummah 


Tuesday, 22 September 2015

Tangisan Itu Dari Sebatang Tamar



๐ŸŒทOne Day One Muhasabah๐ŸŒท

[Selasa, 22 September 2015]

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…

"Tangisan Itu Dari Sebatang Tamar"

"Dan tidak ada yang menghalangi kami akan mengutuskan dengan tanda-tanda (mukjizat) melainkan telah didustakan oleh orang-orang terdahulu..." (al-Israk: 59)

Masjid Nabawi adalah masjid yang dibina hasil gotong-royong orang Ansar dan Muhajirin sejurus sahaja Rasulullah SAW berhijrah daripada Mekah ke Madinah.

Tapak masjid tersebut adalah tempat perhentian pertama unta putih Rasulullah. Ketika orang Muhajirin sampai ke Madinah, mereka disambut dengan meriah oleh orang Ansar.

Semua penduduk Madinah berebut-rebut mendapatkan Rasulullah supaya baginda berhenti dan singgah di rumah mereka.

Lalu baginda menyerahkan kepada unta putih baginda untuk membuat keputusan.
Kemudian unta putih itu berjalan lalu berhenti di satu kawasan lapang berdekatan dengan tanah perkuburan. Maka baginda telah mencadangkan untuk membina sebuah masjid di situ yang dikenali sebagai Masjid Nabawi.

Dalam masjid itu, baginda telah membina mimbar yang diperbuat daripada batang tamar. Di mimbar itulah Rasulullah menyampaikan khutbah kepada kaum baginda.

Tidak kira pada waktu sembahyang ataupun pada waktu-waktu yang lain. Masjid itu juga sentiasa menjadi tumpuan orang. Sekiranya ada perbincangan atau majlis ilmu, Masjid Nabawi menjadi pusat perjumpaannya.

Setelah beberapa lama masjid itu dibina dan digunakan, mimbarnya mula menjadi reput. Rasulullah dan para sahabat memutuskan untuk membuat mimbar baru. Lalu Rasulullah dan orang-orang Islam bertungkus-lumus mengumpulkan batang tamar. Tiang mimbar yang lama telah diruntuhkan dan disimpan di tempat lain untuk digantikan dengan yang baru.

Pada suatu hari, sedang Rasulullah berkhutbah, baginda dan para sahabat terdengar satu suara tangisan. Mereka tercari-cari suara tersebut. Setelah diteliti, rupa-rupanya suara itu datang daripada batang tamar yang dijadikan mimbar yang lama. Rasulullah pergi mendapatkannya. Dengan penuh kasih-sayang baginda menepuk-nepuk batang tamar tersebut kemudian bertanya kenapa ia menangis. Batang tamar itu menjawab:

"Aku sungguh sedih mengenangkan nasibku kerana khidmatku tidak diperlukan lagi olehmu ya Rasulullah. Sedangkan aku ingin bersama denganmu sehingga akhir hayatmu."

Rasulullah tersenyum lalu berkata: "Sabarlah wahai batang tamar, walaupun khidmatmu tidak diperlukan lagi kerana keuzuranmu, namun engkau tetap akan bersamaku di syurga kelak."

Selepas mendengar kata-kata Rasulullah itu, batang tamar tersebut berhenti daripada menangis.

Hati yang keras , ayuh kita lembutkan
Hati yang gelap , ayuh kita terangkan
Hati yang sempit , ayuh kita lapangkan
Kisah ini untuk sama kita renungi
Cinta dan kasih buatmu Rasulullah tercinta

Sedu sedan
Itu bak ratapan si kecil
Yang rindu belaian dan perhatian
Yang mendambakan kasih dan sayang
Dari seorang insan yang penyayang
Tangisan itu dari sebatang tamar
Yang sebelumnya menjadi mimbar
Sandaran Rasul tika menyampai khutbah
Diganti mimbar baru kerna keuzurannya
Kisah tangisan sebatang tamar
Menyentuh hati, mengocak perasaan
Benarkah aku cinta, benarkah aku rindu
Sedangkan tak pernah gugur air mata ku mengenangkan mu
Tangisan itu dari sebatang tamar
Yang sebelumnya menjadi mimbar
Sandaran Rasul tika menyampai khutbah
Diganti mimbar baru kerna keuzurannya
Betapa kerasnya hatiku ini
Untuk menghayati perjuangan mu
Betapa angkuhnya diri ku ini
Untuk menghargai perjuangan mu
Ya Rasulallah
Ingin aku menjadi sebatang tamar
Yang menangis rindu kepada mu
Ya Rasulallah
Biarlah aku hanya sebatang tamar
Namun dapat bersama mu di dalam syurga
Tangisan itu dari sebatang tamar
Yang sebelumnya menjadi mimbar
Sandaran Rasul tika menyampai khutbah
Diganti mimbar baru kerna keuzurannya


 Kearah Pemantapan Tarbiyyah dan Thaqoffah Ummah 

Twitter : caliph_soul.consult

Monday, 21 September 2015

Heal The Heart




๐ŸŒทOne Day One Muhasabah๐ŸŒท

Isnin, 21 September 2015
8 Zulhijah 1436

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…

ุฃَู„ุงَ ูˆَุฅِู†َّ ูِูŠ ุงู„ْุฌَุณَุฏِ ู…ُุถْุบَุฉً ุฅِุฐَุง ุตَู„َุญَุชْ ุตَู„َุญَ ุงู„ْุฌَุณَุฏُ ูƒُู„ُّู‡ُ ูˆَุฅِุฐَุง ูَุณَุฏَุชْ ูَุณَุฏَ ุงู„ْุฌَุณَุฏُ ูƒُู„ُّู‡ُ ุฃَู„ุงَ ูˆَู‡ِูŠَ ุงู„ْู‚َู„ْุจُ
" Beware, in the body there is a piece of flesh; if it is sound, the whole body is sound and if it is corrupt the whole body is corrupt, and hearken it is the heart. "

Most of us are too busy knowing other people that we overlook one very important thing.

OUR HEART ๐Ÿ˜ข

When our hearts are broken enough to the point that it begs for Allah’s attention,
We are helpless. We did not know about it. We are oblivious to the fact that our heart misses Allah so much.

We aren’t ABLE TO CURE IT!
because we did not truly get to know our own hearts.
How you ask?

ูŠَุนْู„َู…ُ ุฎَุงุฆِู†َุฉَ ุงู„ْุฃَุนْูŠُู†ِ ูˆَู…َุง ุชُุฎْูِูŠ ุงู„ุตُّุฏُูˆุฑ
" Allah knows what’s in our hearts "
40:20

He knows that which deceives the eyes and what the breasts conceal.

If we’re aware of this, then we might get scared to do wrong deeds because Allah is all-knowing. He knows what’s in our hearts. HE gave it to us but we darken it with the wrong stuff.

Such as we are scared of a death penalty, how can we not get scared of what Allah has promised to the non-believers in the afterlife?

๐Ÿ’ Allah looks at our hearts

Verily, Allah does not look at your faces or wealth, but He looks at your hearts and your deeds
(Musnad imam Ahmad: 7814)

Such a loss for those of us who looks after their own stylish dressing with diamond embezzlement( not that its wrong) but all of this is meaningless to Allah. What He sees are your intentions. Why were you donating to the money? Why were you praying to Allah? Is it to attract girls’/boys’ attentions? This is the question that we have to ask ourselves.

๐Ÿ’ Our hearts, Our king

Obviously, all of THIS ( our hands, feet, mouth, ears) are under the command of our heart.
What we intent, we will act and the whole body will follow along.

Thus, it is up to us to decide whether our king is a righteous person or a maleficent.
Feed our hearts with lessons from the prophet and the sayings of Allah( al-quran). Nurture it and protect it from darkness in sha Allah.

O Allah we have initiated this,
Forgive our sins, parents, friends and the ummah,
Give us capability and guidance towards your path,
Make us your helpers.

Say Amin!

Adapted & edited from : weareansarullah.wordpress

 Kearah Pemantapan Tarbiyyah dan Thaqoffah Ummah 

Friday, 18 September 2015

Roda Kehidupan



๐ŸŒทOne Day One Muhasabah๐ŸŒท

Jumaat, 18 September 2015
4 Zulhijah 1436

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…

๐ŸŒTaktala Roda Kehidupan Berputar Ke Bawah๐ŸŒ


Roda kehidupan yang berputar tidak akan selamanya menjadikan kita berada di atas.Setiap masa, roda itu berputar tanpa henti,ke atas dan ke bawah.

Firman Allah s.w.t :
"Dan janganlah kamu berasa lemah,dan jangan pula bersedih hati,sebab kamu paling tinggi darjatnya,jika kamu orang yang beriman"(Al Imran:139)

Penuhkan lah jiwa dengan Redha,
Usah membiarkan kesedihan itu menguasai,
Usahalah mengumpul kekuatan untuk menahan kesedihan.

๐ŸŽถTrust Allah when facing disaster
Ask Allah help cause He is the Master
Fear Allah don't think He won't catch ya
Work real hard towards the hereafter๐ŸŽถ๐Ÿ˜Š

✏Percayalah Allah sentiasa ada untuk kita
✏Percayalah Allah tidak pernah meninggalkan kita
✏Percayalah bahawa setiap yang Allah telah tentukan untuk kita punya hikmahnya

๐ŸŒบSalam Jumaat๐ŸŒบ
๐ŸJom Baca Al Kahfi๐Ÿ


 Kearah Pemantapan Tarbiyyah dan Thaqoffah Ummah 

Thursday, 17 September 2015

Munafiq


๐ŸŒทOne Day One Muhasabah๐ŸŒท

Khamis, 17 September 2015

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…

๐ŸŒตMunafik๐ŸŒต

Dalam ayat-ayat Quran serta hadis Rasulullah cerita tentang sifat-sifat munafik BUKAN untuk kita guna supaya boleh tuduh seseorang itu munafik berdasarkan sifat yang Allah dan Rasulullah bagitahu.

Tapi itu adalah untuk kita MUHASABAH DIRI SENDIRI.

Rasulullah pun tidak pernah cerita pada sahabat tentang siapa munafik kecuali pada Huzaifah r.anhu.
Dan Rasulullah TAK PERNAH cakap,
"Kau ni munafik" walaupun pada Abdullah bin Ubay bin Salul. Sedangkan masa tu semua orang tahu Ibnu Ubay tu bapak munafik.

Umar radiyallahu anhu pun pernah risau dan takut kalau dia adalah munafik, sampai dia merayu pada Huzaifah radiyallahu anhu untuk bagitahu adakah dia tergolong dalam golongan munafik yang Rasulullah cerita pada dia.

Itu Saidina Umar, orang yang dijamin Syurga pun takut kalau dia adalah munafik.

Jadi, siapa kita nak tuduh orang lain munafik? Marilah kita bersama-sama muhasabah diri dengan sungguh-sungguh.

Tuduh orang lain munafik ni tuduhan yang BERAT sebab ia isu HATI, kalau salah tuduh nanti tuduhan munafik tu akan KEMBALI pada diri sendiri !

Nauzubillah min zaalik..moga kita semua dijauhkan oleh Allah daripada perkara sebegitu..

 Kearah Pemantapan Tarbiyyah dan Thaqoffah Ummah 

Wednesday, 16 September 2015

SYUKUR




๐ŸŒทOne Day One Muhasabah๐ŸŒท

[ Rabu, 16 September 2015 ]

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…

๐Ÿ€ SYUKUR ๐Ÿ€

Ketika ditimpa ujian, adakah kita masih mengucapkan "Alhamdulillah" ? Setiap ujian yang hadir tandanya Allah rindu akan doa dan rintihan kita. Namun, kita sering mempersoalkan. "Kenapa dan Kenapa " ๐Ÿ˜”

Setiap yang berlaku harini pengalaman untuk kita di esok hari ๐ŸŒ„๐ŸŒˆ Melihat kesusahan orang lain, membuat kita tersedar bahawa apa yang kita ada, tak semestinya orang lain ada. Bersyukur dengan apa yang ada๐Ÿ˜‰
๐ŸŒป No matter how good ๐Ÿƒor bad ๐Ÿ‚ you think life is, wake up each day and be thankful for life. Someone somewhere else is fighting to survive 

Walaupun hidup kita tak seindah orang lain , Sering ditimpakan ujian yang bertimpa. Masalah yang sering datang melanda terkadang sehingga kita rasa berputus asa.

Syukurlah pada Ilahi kerana sentiasa memberi ๐Ÿ’œ pada kita agar kita dapat bernafas & menikmati rahmat iman. Masih bersama orang yang menjadikan kita kuat setiap hari๐Ÿ’ช

Alhamdulillah.
•••••••••••••••••••••••••••••••

Setiap ujian adalah satu guru .menjadikan kita lebih baik dikemudian hari. Berdoa dan bertawakal setelah berusaha. Mengulangi doa itu ibarat mengayuh basikal, suatu saat nanti ia akan membawamu ke arah yang ingin dituju

Keep prayer, everything will be better soon Insyaallah ๐Ÿ˜ƒ

SELAMAT HARI MALAYSIA


 Kearah Pemantapan Tarbiyyah dan Thaqoffah Ummah 

FB : www.facebook.com/caliphconsultant
Blog : caliphsoulconsultant.blogspot.com
Twitter : caliph_soul.consult

๐Ÿ„Caliph Soul Consultant๐Ÿ„

Monday, 14 September 2015

The Power Of Positive Thinking




๐ŸŒทOne Day One Muhasabah๐ŸŒท

Isnin, 14 September 2015

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…

[ Power of Sejahtera jiwa ]

Hati yang sejahtera memandang dunia dengan kacamata positif. Semuanya kebaikan, harapan, bahagia dan peluang.

Orang yang berfikiran positif, matanya sering melihat hikmah, bukannya masalah. Mereka tidak hanyut oleh kejadian buruk melainkan mereka lah yang mengendalikan fikirannya kerana mereka percaya ada pengajaran berharga yang ingin Allah kongsi melalui episod baik dan buruk kehidupan.

Kerana itu kita harus menyoal diri, selama ini apa kacamata hati kita?
Adakah ia positif atau negatif?

Jika ia banyak negatif, kita harus serius memperbaikinya sekarang kerana jika tidak, semua perkara baik senyuman dan ketenangan akan lenyap dan terus lenyap.

Bukan Allah tidak mahu menganugerahkan tetapi puncanya kita juga, tersalah pakai kacamata 'negatif' dalam hati.

Refleksi buat diri, Tanya..

Apa yang lebih banyak dalam hati dan fikiran?
Fikirkan masalah atau peluang?
Fikirkan benda baik atau buruk?
Fikirkan nikmat Allah atau kesusahan?

Wallahualam..

 Kearah Pemantapan Tarbiyyah dan Thaqoffah Ummah